Khasiat madu lebah untuk ibu lepas bersalin

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin berkongsi khasiat madu lebah yang sebenarnya bagus untuk diambil oleh wanita dan golongan ibu seperti kita. Antara khasiat madu ialah :

  1. Membantu mengurang dan mengawal kolesterol – ini kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan (maknanya boleh bantu untuk awet muda), juga bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.
  2. Membantu meredakan kerisauan dan kemurungan – Mengikut kajian perubatan seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail Britain, mereka yang mengambil madu sebagai supplemen atau diet tambahan boleh membantu meredakan kerisauan dan meningkatkan daya ingatan. Hmm… kalau ikut laporan ni maknanya madu memang sesuai untuk ibu selepas bersalin sebabnya, biasalah lepas bersalin pasti ada yang terkena post natal simptom seperti kemurungan. Jadi mengambil madu boleh membantu meredakan masalah ini.
  3. Membantu menyembuh luka pada tubuh – selepas bersalin sebenarnya luka yang dialami bukan sahaja pada bahagian yang di bedah (bagi kes bersalin cesarean) atau pada luka histerektomi (bagi kes bersalin normal) tetapi juga luka di bahagian dalaman badan. Jadi pengambilan madu boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Ini kerana didalam madu terdapat antibakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baru dan membaiki sel yang rosak.
  4. Memberi tenaga segera – Ini kerana madu membantu menambah darah dan juga selera makan selain dari glukos dan fruktos didalam madu yang memberi tenaga segera apabila diambil.
  5. Melancarkan perjalanan darah – mengambil madu dapat membantu melancarkan perjalanan darah nifas. Bagi mereka yang tidak bersalin pula, ia boleh membantu melancarkan pengeluaran darah haid.
  6. Menguatkan minda – Pengambilan madu sebagai supplemen secara berterusan boleh membantu menguatkan minda.

Jadi tidak hairanlah mengapa Islam menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai makanan tambahan kerana khasiatnya yang banyak.

Yang nak pergi beli madu lebah

Kak Faz

5 thoughts on “Khasiat madu lebah untuk ibu lepas bersalin”

  1. :mrgreen: Cayalah kak..harap2 semua sedar akan khasiat madu dan mengambil madu sbg salah satu makanan kesihatan harian keluarga kerana khasiatnya tidak dpt disangkal lagi..

    sesambil tu sy nak promote produk sy gak.. 😀 ini produk paling byk den jual..memang semua wanita kena mkn produk ni..

    Permata Suri CNI (bleh terus pergi ke link ni utk maklumat lanjut tq..)
    http://www.ehoza.com/v4/forum/beauty-personal-care/2512-permata-suri.html

    sedikit info permata suri(tak bleh masuk bebanyak..nanti akak marah..hehehe)
    Wanita pada zaman moden ini sibuk dengan kerjaya masing-masing dan cuba dengan sedaya upaya untuk menyeimbangkan antara kerjaya dan kehidupan rumahtangga. Justeru itu, ramai wanita yang mengalami cabaran untuk mengekalkan kesihatan dan sering menghadapi masalah PMS, senggugut, keletihan dan sebagainya.

    Permata Suri ialah satu produk yang ditingkatkan kualitinya untuk membantu kaum hawa mengekalkan kesihatan dan mencari kepuasan dalam kehidupan. Produk ini diperbuat daripada herba dan membantu kaum wanita untuk mencari kepuasan hidup, kejelitaan dan kecergasan terutamanya dalam kehidupan rumahtangga. 9 kandungan utama Permata Suri ialah manjakani, kurma, madu, sireh, halban, jintan hitam, jarum emas, kacip fatimah dan akar serapat. Di samping itu, Permata Suri juga diperkayakan dengan vitamin A, B1, B2, B3, B6, B12 dan C serta zat besi dan kalsium. Secara keseluruhannya, Permata Suri dapat memberikan tenaga dan nutrien yang diperlukan untuk mencapai kehidupan yang sihat dan bahagia. 😀 😀

  2. Kembali kepada Sunnah pemakanan Nabi SAW dan perubatan Islam bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.

    Madu Sidir Yaman diiktiraf United Nation , Food and Agriculture Organization (FAO) sebagai sumber yang
    terbaik pemakanan di dunia.

    Nilai madu lebih tinggi dari pampasan wang emas di Yaman sejak ribuan tahun dahulu dan sebagainya.

    The best honey in the world since ancient time for its medicinal and nutritive benefits.

    Albinanji Trading adalah pengimpot dan pengedar tunggal secara komersial Madu asli dari Yaman di Malaysia.

    Untuk keterangan lanjut :

    Website : http://www.albinanji.com

    E-mel : albinanjigroup@gmail.com

    Tel : +6019-2697559 / +60124017559

    Fax : +603-40247559

    41-AD, Tingkat 5, Menara D, Pandan Kapital,
    Persiaran MPAJ, Ampang
    55100 Kuala Lumpur, Malaysia

  3. maaf. sekadar berkongsi. mungkin ada kesilapan info di atas. hysterectomy adalah pembedahan membuang rahim. mungkin luka bagi bersalin normal yang dimaksudkan ada luka episiotomy, iaitu luka di mana bahagian perineum digunting untuk meluaskan laluan bayi keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *