Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin

Assalamualaikum,

Saya pernah ditanya oleh seorang suami kepada pelanggan saya, pentingkah berpantang lepas bersalin dan apakah signifikannya kepada tubuh.

Hmmm… jawapan lurus bendul yang saya bagi – “sebab nenek moyang kita dulu buat dan mak pun suruh pantang 44 hari. So buat saja lah…” hu..hu…

Tapi lepas tu saya terangkan juga kebaikan berpantang ni kepada beliau.  Antara kebaikan berpantang :

  1. Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
  2. Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
  3. Bahaya “air embolism – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

Apa-apa pun, biasanya kalau Islam dah tetapkan sesuatu tu, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Kak Faz

Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin by

18 comments on “Kebaikan amalan berpantang selepas bersalin

  1. saya ibu muda berusia 26 thn dan masih ‘buta’ mengenai pantang bersalin.saya kini berpantang anak ke2 (telah 30 hari).saya rskan badan saya telah sihat tp masih berpantang lagi (tetapi berpantang dari segi makan, pemakaian stokin,pemakaian tapel, param dan bengkung,masih meneruskan memakan supplemen spt gamogen shj).untuk pengetahuan,saya bersalin secara normal tanpa jahitan.saya dpt rskan luka di bhgn sulit cuma melecet dan kini telah sembuh.nifas juga telah kering.saya ingin bertanya, dlm situasi saya ini bolehkah hubungan seks dilakukan? adakah ia akan melanggar pantang? adakah ia akan memudaratkan saya?harap dapat membantu.terima kasih.

  2. Hi Mzwonderpets,

    Tahniah kerana telah bergelar seorang ibu.

    Seeloknya teruskan amalan berpantang sehingga cukup 44 hari (lebih kuramg 6 minggu) – termasuk dari segi hubungan bersama suami.

    Lagipun tempoh berpantang 6 minggu ni bukan saja digalakkan oleh pengamal perubatan tetapi juga digalakkan oleh Islam.

    Tempoh juga berpantang adalah masa yang terbaik untuk mengembalikan kesihatan mental dan fizikal kita selepas melalui tempoh hamil yang lama iaitu 9 bulan

    kak faz

  3. salam k.faz,
    InsyaALLAH sy akan masuk wad 22/3/2010 untuk melahirkn anak kedua
    sy melahirkan anak sulung secara ceaser pd 29/10/2009 di sbbkan baby sy besar 3.97kg
    Isnin mgu lps sy jumpe doc pakar untuk check up
    Die tny kptsn sy smada nk bersalin normal @ operate.
    Bt ms ni kptsn sy operate sbb doc ade bgathu risiko yg terpakse sy hadapi klu bersalin normal sy akan mengalami sakit yg berterusan akibat dr tmpt operate yg menipis…
    Saya harap k.faz dpt bg pendapat yg bernas sbb sy tgh confius utk bt kptsn yg terbaik… :wink:

  4. k.faz… silap, sy lahirkan anak sulung sy 29/10/2008…
    silap

  5. Salam Lyn,

    Akak cadangkan Lyn dan suami sembahyang istikharah dan minta petunjuk Allah. Sekurang-kurangnya apa pun keputusan yang diambil lepas tu, ianya adalah yang terbaik.

    Yang paling penting sekali… Lyn dan baby selamat.

  6. kak faz camnew ngan care episiotomy :roll:

  7. macam mana nak tau kita dah bertungku cara yg betul yek?

  8. akum….

    saya ada mendengar pantang bersalin selama 100 hari…apakah kesannya nanti bersamaan dengan berpantang sepertimana disarankan oleh syarak iaitu 40 hari?.adakah bagi menyembuhkan luka sepenuhnya atau sebaliknya. bagaimana pula dengan kehendak syarak akan layanan kepada suami?patutkah diabaikan.

  9. salam kak faz,
    ume suka membaca entry ni. so, ume copy n paste ke dlm blog ume hari ni…buleh eh?

  10. Saya baru melahirkan anak pertama pada 30/11/2010 yang lalu. Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.65 secara normal dan kini masih di dalam tempoh berpantang. Masalah yang saya hadapi ialah kesukaran (sebenarnya lebih kepada malas dan beralasan) untuk mengamalkan amalan berpantang yang dianjurkan oleh nenek moyang kita. Buat pun ala kadar (hari 1 & 2 je buat) dan saya tak mahu diurut oleh bidan. Oleh kerana saya mengamalkan ‘breast feeding’ maka tiada istilah pantang dalam diet saya. Kadang kala risau akan akibatnya..Boleh terangkan apakan risiko tindakan saya ini?

  11. saya baru melahirkan anak pertama tetapi saya masih tertanya tanya bolehkah saya tidur di waktu pagi sampai tengahhari.biasanya saya mula tidur pukul 4:30am sampai 12:00pm.bagaimanakah cara yang sesuai untuk saya tidur .memang saya tak bertugu pun.suami saya pun memang lambat tidur

  12. Kalau nak main pun se eloknya tgu la sampai 60 hari, lps tu main la puas2 :)

  13. Salam, sy br bersalin 7 april 2011, secara normal.. 10 hari selepas bersalin sy sudah tiada darah, hanya keluar coklat2 seperti penghujung haid sehingga habis berpantang.. Selepas 44 hari yg keluar adalah darah bukan lg coklat2.. Tp dlm kuantiti yg sedikit.. Sy tidak la mengamalkn pantang sgt, hnya pantang mkn shj sehingga sekarang. Ini kerana sy kerap berulang alik ke hospital (1jam 30 minit perjlnn) kerana anak sy berada di icu kanak2.. Sy telah berurut selama 7 hari.. Yg sy mushkil, darah yg keluar tu darah apa? Adakah rahim sy masih belum kecut? Sy perah susu bdn dr awal bersalin.. Start menyusukn bdn br 2 minggu, sbb anak dah tukar ke wad.. Harap ada yg sudi membantu dan bg tips utk sy amalkn.. Tenkiu..

  14. Salam..

    Saya melahirkan anak sulung secara normal pada 22/6/2009. Kemudian saya disahkan mengandung ank kedua ketika anak pertama berusia 5 bulan. Anak kedua dilahirkan pada 18/8/2010 secara normal. Namun, kelahiran kedua ini menyebabkan saya sedikit ‘serik’ kerana luka jahitan yang agak teruk dan kesakitan semasa dalam berpantang. Saya ingin menjarakkan kandungan yang seterusnya namun malangnya saya tidak mengambil sebarang kaedah pencegahan kehalilan kerana suami tidak mengizinkan.

    Masalahnya, saya telah disahkan mengandung anak ketiga baru-baru ni. Kandunagnsaya telah berusia 4 1/2 bulan!!!!Saya memang tidak menyangka langusung memandangkan saya sering mengambil UPT sendiri dan keputusannya adalah negatif. Sekarang saya merasa sedikit tertekan kerana tidak begitu sedia secara emosi dan fizikal. Apakh cara terbaik saya menghadapi semua ini???Harap kak dapat membantu….

  15. Iffah seorang ibu muda yg brusia 20 thn. Apa yg mbimbangkan Iffah adalah selepas berpantang selama 46 hari,Iffah telah pun bersetubuh dgn suami tanpa berurut,btungku dan mengatur rahim dahulu..spatutnya Iffah bpantang tak melakukan psetubuhan selama 6 minggu. Apakah kesannya boleh memudaratkan Iffah? Sekarang Iffah dalam ketakutan.

  16. Sy Nak tanya,mcm Sy br melahirkan anak ketiga tanpa berjahit.boleh ke saya melakukan seks ringan brsama suami spt bercium atau sbgnya?tq

  17. setakat bercium tak de masalah puan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge