Kelahiran Normal Lepas Bersalin Cesarean

by fazidah on July 22, 2008

Salam… :)

Hari ini saya ingin berkongsi artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia (disiarkan pada 25/10/2005).

Soalan : Saya melahirkan anak sulung secara Caesarean kerana mengalami tekanan darah tinggi dan simptom-simptom praeklampsia. Berapa lamakah saya perlu menanti sebelum hamil lagi? Bolehkah saya bersalin secara normal untuk anak yang berikutnya?

Jawapan : Tiada ketetapan yang khusus berhubung bila seseorang wanita itu boleh hamil lagi selepas menjalani Caesarean, tetapi kebanyakan doktor menasihatkan wanita agar menunggu dua tahun untuk hamil lagi.Ini dapat memberi anda masa yang cukup untuk pulih daripada pembedahan, memastikan anak sulung sudah boleh berjalan dan tidak lagi meminum susu ibu, dan bersedia untuk menimang cahaya mata lagi.

Anda mungkin boleh bersalin secara normal untuk anak yang berikutnya kerana Caesarean kali pertama dilakukan atas sebab tekanan darah tinggi.Kelahiran normal selepas Caesarean boleh dilalui dan anda mempunyai 75-80 peratus peluang untuk melahirkan bayi melalui faraj.

Kelahiran melalui faraj adalah lebih selamat jika dibandingkan dengan kelahiran Caesarean yang berulang. Akan tetapi, anda perlu berbincang dengan doktor berhubung beberapa kemungkinan risiko.

Soalan dijawab oleh Prof. Dr. Muhammad Abdul Jamil Mohd. Yassin, Pakar Perunding Kanan Obstetrik & Ginekologi, Persatuan Obstetrik & Ginekologi Malaysia (OGSM).

Okay.. itu saja buat kali ini. Semoga artikel diatas bermanfaat buat anda.

Kak Faz

Kelahiran Normal Lepas Bersalin Cesarean by

{ 28 comments… read them below or add one }

nang October 3, 2008 at 7:31 pm

Bulan 9 tahun 2007 saya telah melahirkan anak secara caesarean kerana overdue dan bukaan cuma 4cm.Saya nak tanya berapa peratus saya boleh bersalin normal dan berapa lama kena tunggu untuk mengandung semula.Kerana saya trauma anak meninggal on ventiletor 3 bulan.Apa yang harus saya ketahui?

Faz October 7, 2008 at 3:43 am

Hi Nang,

Untuk mengandung semula, biasanya doktor menasihatkan anda menunggu sehingga 2 tahun. Namun memandangkan Nang pernah mempunyai history bersalin overdue, sebaiknya anda rujuk kepada doktor / pakar sakit puan untuk pendapat dan nasihat yang terbaik.

Fazidah

aishah December 22, 2008 at 11:58 am

saya baru lepas melahirkan anak pada tahun 2007 secara ceaseran..sekarg saya mengandung lagi 3 buln..belum sampi 2 tahun..saya di jangaka bersalin pada 3/6/09..apakh risiko2 yg saya ada?

Faz January 11, 2009 at 5:51 am

salam Aishah,

Terima kasih kerana mengunjungi blog bengkung moden :mrgreen:

Untuk menjawab soalan Aishah, saya quote disini petikan dari artikel Dr Hamid Arshad :

“Persoalannya: berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean boleh hamil lagi ?

Pada kebiasaannya kita cadangkan antara satu hingga dua tahun. Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari itu ? misalnya 6 bulan selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.

Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.

Apabila sampai ke tiga bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun. Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab ia patut menggugurkan kandungannya. Sebaiknya ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang”

Diharap jawapan diatas membantu Aishah. Walaupun begitu, sebaiknya juga Aishah rujuk kepada gynea untuk pemantauan dan pemeriksaan sepanjang mengandung kali ke 2 ini untuk memastikan semuanya okey dan tiada masalah

Kak Faz

mofaz March 2, 2009 at 12:13 pm

salam,

saya baru melahirkan anak secara normal.saya mempunyai perasaan trauma untuk bersama suami.saya selalu memikirkan yang jahitan akan terbuka dan berasa sakit.selalunya berapa lamakah masa yang diambil untuk luka tersebut sembuh. :roll:

Faz March 9, 2009 at 7:35 am

Salam Mofaz,

Maaf lambat jawab. Bila tiba-tiba ada hal kecemasan, macam nilah jadinya. Semua tak sempat…

Jangan bimbang, lepas 44 hari luka tu dah okey dan dah baik. Cuma kalau rasa takut, minta la cik abang ‘go slow’ ye :)

azzy March 15, 2010 at 4:34 am

Assalamualaikum..
Saya baru sahaja lepas melahirkan anak saya yg ke-2 secara operation..
Bilakah masa yang sesuai untuk bersama suami?
Adakah lepas sebulan?

Faz April 1, 2010 at 5:41 am

Waalaikummssalam,

Apabila darah nifas sudah kering da confirm dah tak ada lagi – anda boleh bersama suami. Tapi seeloknya tunggulah lepas 44 hari sebab 44 hari adalah tempoh terbaik untuk memberi ruang agar rahim anda benar-benar sembuh dan tiada lagi darah nifas.

faranie April 1, 2010 at 8:14 pm

sy berslin pembedahan..pd 14/11/2008..kerana anak sy besar dlm 4kg..sekarag sy mengandung lg..due mungkin buln 12 2010..sy risau..sgt adakah st bleh bersalin normal..kalu sy pembedahan juge adakah bhya?

azie April 4, 2010 at 2:14 pm

sy bsalin anak ptama secara ceaseran pd 8.8.2009..kerana tkanan darah waktu itu x stabil, sy telah dimasukkan ubat selama 2 hari bturut2 utk mpercepatkan bukaan servik..namun demikian, hanya bukaan 3sm shj yg tbuka pd ari ke-2, pd hari ke-3 sy dimasukkan ubat skali lg dgn harapan pintu servik mbuka dengan lbh besar lg..slps beberapa jam 5sm tlh tbuka..dktr trus memecahkan air ktuban sy..wktu itu dia memesan jika 12 jam pintu rahim sy x buka shingga 10sm sy akan diceaseran kerana dikuatiri bayi akan lemas..

1. knapa stlh 12 jam bukaan servik sy x bgerak hanya stakat 5sm shj?

2. waktu 12 jam tsebut kontraksi sakit x mnentu kdg2 sakit kdg2 x sakit..adakah ia normal?

3. adakah perkara ini akan berulang jika sy hamil utk anak yg sterusnya?..dan bolehkah sy lahir secara normal jika tiada apa masalah?

:?: :sad:

Faz April 5, 2010 at 8:24 am

Faranie – Luka cesarean menjadi kuat dalam 3 bulan selepas pembedahan (asalakan luka tiada masalah seperti jangkitan kuman yang serius…).
Jadi tak kira lah sama ada anda bersalin normal atau cesarean, ia tidak akan merbahaya kepada parut cesarean anda.

Azie :

1. Setiap individu mengalami pengalaman yang yang berbeza sewaktu proses bersalin. Biasanya jika serviks tidak terbuka sepenuh dalam masa 12 jam sejak dari kontraksi, doktor akan melakukan pembedahan bagi mengelak sebarang masalah dan komplikasi kepada bayi dan anda.

Sebab bukaan serviks tak bergerak :
1. Kedudukan bayi mungkin tidak betul sewaktu proses kelahiran menyebabkan bukaan serviks menjadi perlahan
2. Tulang punggung kecil – biasanya bagi mereka yang mempunyai tulang punggung kecil, peluang untuk bersalin secara normal agak tipis kerana bukaan serviks yang tidak besar sewaktu proses kelahiran.

Untuk bacaan lanjut sila ikut link berikut >> http://www.birthingnaturally.net/birth/challenges/slow.html

2. Untuk soalan ke 2 – setiap individu melalui pengalaman yang berbeza. Biasanya rasa sakit seiring dengan contraction. makin kuat contraction – makin rasa sakit. Tapi jika contraction perlahan – rasa sakit juga menrurun. Tapi ada juga kes bagi mereka yang mudah bersalin, contraction yang dirasakan tidak terlalu kuat sudah membantu bukaan serviks mereka.

3. Solan ke 3 : Ada antara individu yang hanya perlu menjalani cesarean untuk kelahiran pertama sahaja dan berjaya bersalin normal untuk kelahiran yang berikutnya. Sebaiknya anda mendapatkan nasihat doktor sewaktu pemeriksaan ante natal bagi kandungan yag berikutnya untuk soalan ini

Kak Faz

ummieoleea April 6, 2010 at 3:50 pm

salam kak faz…

saya ada mendapat info yang mengatakan ada risiko luka tempat pembedahan ceaser boleh pecah untuk bersalin secara normal bagi kelahiran kedua….betul ke?

fazidah May 14, 2010 at 6:03 am

Wslm,

Risiko tu ada tapi selalunya doktor akan cek dan berikan nasihat bergantung kepada situasi sewaktu nak bersalin. Ramai juga yang berjaya bersalin normal untuk anak ke 2 walaupun telah bersalin cesarean sewaktu anak pertama.

NA July 31, 2010 at 1:58 pm

kk

wid September 24, 2010 at 1:01 am

anak pertama dan kedua bersalin secara bedah. Bolehkah saya bersalin anak ketiga secara normal?

fazidah October 5, 2010 at 5:49 pm

Puan Wid,

kalau dah 2 kali cesarean, jawapannye yang ke 3 tu kena cesarean lah juga…

fatin October 7, 2010 at 8:16 pm

salam..
kelahiran pertama anak saya caesarean
soalan saya ialah… boleh tak saya melahirkan secara normal untuk kelahiran yg kedua? nie…insyaalah..
coz teringin nak merasa melahirkan anak secara normal..

:roll:
yg 1st 2008 tu pun memang nak merasa normal…tapi kedudukan anak songsang..

fazidah October 12, 2010 at 11:17 am

Wslm Puan Fatin,

Jika baru sekali puan kena cesarean, masih ada peluang untuk bersalin secara normal untuk kelahiran berikut nya. Namun begitu, ianya juga bergantng kepada situasi semasa sewaktu kelahiran.

Sebaiknya banyakkan berdoa pada Allah agar dipermudahkan segalanya dan hajat puan untuk bersalin normal tercapai.

sue November 17, 2010 at 12:24 am

salam…

sy baru bersalin anak pertama secara cesarean pd 01.08.2010 kerana tali pusat bby terbelit di leher..adakh utk kelahiran
yg akan dtg sy kena bersalin secara cesarean juga? Saya juga pernah menjalani pembedahan ovarian cyst
2 bln sbelum mengandung.

nor January 9, 2011 at 10:41 pm

salam…
baby sy telah meninggal kerana pramatang semasa kandgan 6 bulan 2 mgu akibat placenta abruption.
sy melahirkan baby secara caesarean…
bolehkah sy hamil kembali selepas 6 bulan caesarean?

uniey January 29, 2011 at 12:48 am

x boleh…sebab mengikut pengetahuan saya kak nor perlu renggankan masa antra 1 tahun…..untuk hamil kmbali

ayu July 29, 2011 at 3:13 am

sy bersalin ank pertama secara ceaserean krn ank sy dah berak dlm perut. bolehkah sy memilih untuk bersalin secara ceaserean utk ank kedua walaupun doktor memberitahu sy boleh bersalin secara normal dan apakah risikonya.

AienAien August 9, 2011 at 2:43 pm

Saya melahirkan anak secara normal. Cukup bln. Selepas sebulan setengah anak saya meninggal kerana masalah jantung. Berapa lamakah saya boleh mengandung semula. Kerana perasaan selepas bersalin berbeza diantara org yg ada anak dan tiada. :twisted:

siti October 12, 2011 at 7:23 am

salam..maaf nk tnya sy bru bersalin ank yg ke2 tp ceaserean,skrg usia anak sy bru masuk 7bulan,maaalah sy ialah sy telah pun disahkan mengandung lagi,apakah yv patut sy lakukan..dlm hal ni apakah sy patut menggugurkan kandungan..tk,

ida December 11, 2011 at 12:05 pm

Saya bersalin ceasar ank yg pertama. Dh buka 8cm tp kepala baby still engaged, adakah itu tnda2 tulng pnggung saya kecil? Baby saya ms lahir beratny 3.27. Tinggi saya pula 145cm. Camane sy nk tau sama ADA tulng punggung sy kecil atau tidk ye.tq

bell December 15, 2011 at 7:02 pm

slm..saya melahirkan anak yang pertama melalui ceaseran pada 27/4/2011 kerna mlsh songsang.namun anak sya telah meninggal dunia pada 13/10/2011 kerna mengalami komplikasi jantung. dan tanpa saya duga saya telah di sahkan oleh Dr yg saya telah mengandung lg dan dijangka melahirkan bb pada 18/6/2012…
soalan saya ialah…bolehkan saya melahirkan anak secara normal dan adakah akan ada kesan sampingan nanti..pada saya dan juga bb…TQ

mira January 12, 2012 at 4:36 pm

penat nya tuan website nak jawab soalan yg sama dr pengunjung2 blog.sy yg baca ni pun trpikir puan2 x baca ke komen2 terdahulu?sian dia banyak kerja nk buat agaknya tp terpaksa melayan soalan2 yg sama..sabar jela

Fadila May 10, 2012 at 2:55 pm

Saya nak tya..saya bru lepas pantang,melahirkan baby tpi baby xckp bulan bru 6bulan dah kluar..skrg sya nak tya ble ka sya mengandung lagi?

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: