Cara mengenal jaundis / demam kuning pada bayi

by fazidah on May 11, 2009

Salam Ceria :)

Semalam saya telah dihubungi oleh seorang bakal pelanggan yang bertanyakan bagaimana cara untuk mengenali sama ada bayinya terkena jaundice atau tidak.

Saya kongsikan disini tips yang saya berikan kepada pelanggan saya itu untuk tatapan anda juga.

Caranya mudah sahaja…

1. Tekan perlahan-lahan pada dahi bayi dengan menggunakan ibu jari. Perhatikan jika tempat yang ditekan ada tanda kuning atau sebaliknya..

2. Kemudian, tekan pula bahagian hidung bayi dan buat pemerhatian yang sama

3. Tekan perlahan-lahan bahagian dada bayi. Perhatikan, ada tanda kuning atau tidak

4. Tekan pula bahagian peha kiri dan kanan bayi. Lihat jika ada tanda kuning juga atau sebaliknya

5. Tekan dikedua-dua tapak kaki bayi dan perhatikan sama ada disini juga ada tanda kuning atau tidak

Selepas melakukan ujian diatas dan jika anda dapati terdapat tanda-tanda kuning, seeloknya anda jemur bayi di panas matahari pagi (seeloknya dari jam 7.15 pagi hingga jam 8 pagi – ditepi tingkap, dan elakkan dari cahaya matahari terkena terus pada bayi). Dan jangan lupa.. tutup mata bayi dengan kain.

Oh ya, sebelum berundur… SELAMAT HARI IBU. Anda, saya dan semua ibu, mama, mummy, mak, ummi sememangnya insan istimewa kerana syurga terletak dibawah telapak kaki ibu.

Tiba-tiba rindu kat mak di kampung :(

Kak Faz

Cara mengenal jaundis / demam kuning pada bayi by

{ 14 comments… read them below or add one }

salma May 23, 2009 at 1:31 pm

assalamualaikum…
k faz, sy nak berkongsi sedikit tips untuk kurangkan jaundice pd bayi… kalau ikutkan doktor @ jururawat melarang kita dr memberi bayi kita minum air masak .. akan tetapi ini merupakan salah satu cara yang paling cepat untuk menurunkan bacaan paras kuning bayi… anak pertama sy, tidak terkena jaundice coz waktu tu sy slalu bg air masak pdnya… dan skang dia dah berumur 6 tahun, maknanya sy dah lama tak dpt anak kecil, bulan januari 2009, sy di anugerahkan seorg bayi yg cantik.. tp disbbkan jururawat di klinik desa larang sy dr beri air masak pd bayi sy, lepas 2 hari balik ke rumah, badan bayi sy kuning teruk, dan terus di masukkan ke hospital… maklum sjlah, susu badan sy waktu tu baru je nak kluar.. waktu tu sy tahu yang dah buat silap.. lepas dua hari di hospital, paras kuning tak trn2.. then sy teringat untuk beri air masak.. sy suruh suami sy belikan picagari di farmasi, then sy suapkan air masak pada bayi sy.. keesokkannya, alhamdulillah, paras kuning dah mula menurun… syukur lah, tak perlulah bayi sy ditukarkan darahnya..
erm… moga2 lepas baca tips dr sy ni, lepas ni tak perlu lg bayi2 kita dicucuk2 pd kaki untuk diambil darahnya… k lah, jumpa lagi untuk tips yang lain pula

mi September 8, 2009 at 9:43 pm

slm,
baguslah kita dpt kongsi pengalaman bayi kuning. Buat pahala dui bulan ramadhan, saya dan isteri siti najihah baru dapat bayi girl. Mungkin kelahioran yang last.. dah ikat 4 x ceaser.

masalh saya ialah bayi yang kuning lepas kluar dr hospital. masuk balik dan skrg dsah pulang rumah.kini mcm2 petua yg di gunakan, beserta doa..mcm dah kurang .
moga Allah tolong kami

chitra October 5, 2009 at 8:45 am

Assalamaulaikum,

Just nak share pengalaman saya . Kedua-dua anak saya kena kuning. Nurse di hospital bg bagi tahu yang potensi untuk anak-anak saya kena kuning memang ada sebab saya merupakan darah O dan suami pula darah B. If anak-anak saya mempunyai darah selain dari darah saya memang akan berpotensi untuk kena kuning. Saya sebenarnya baru je melahirkan anak saya yang kedua ni, baru 24 hari. Memang saya dah menjangkakan anak saya ni akan kena kuning. Saya sememangnya setuju dengan apa yang Dr dan nurse di hospital kata, jangan bagi anak kita air. Seboleh-bolehnya bagilah susu ibu kerana susu ibu lah yang terbaik.

Anak saya kena tahan dalam wad selama 3 hari kerana kuning tetapi saya kerapkan bagi susu badan walaupun untuk 2 hari pertama memang tak ada susu sangat kecuali kolestrum je yang keluar tetapi jika kita kerap berikan bayi kita menghisap secara tidak langsung akan menggalakkan pengeluaran susu kita sebenarnya. Allhamdulillah, berkat kesabaran saya berulang untuk memberikan susu badan kepada anak saya (dalam pukul 2 pagi pun berjalan ke nurseri tempat anak saya diletakkan kerana perlu duduk dibawah lampu untuk kurangkan kuning), bacaan anak saya turun setiap hari sehinggalah hari ketiga bacaan nya dibawah paras ok walaupun still ada kuning sikit. :)

Faz October 13, 2009 at 10:40 am

salam Citra,

tahniah kerana telah bergelar seorang ibu.

Juga, terima kasih kerana sudi berkongsi tips dan pengalaman yang boleh dijadikan panduan pleh pelawat blog ini :)

Artikel Kesehatan October 26, 2009 at 4:40 pm

Wah, jujur saja, saya jadi bingung membaca warna ‘kuning’ itu, bagaimana jika warna kulit si bayi itu memang kuning? Ada saran?

Tanda-Tanda Keguguran

Faz October 29, 2009 at 1:28 pm

Coba liat matanya.. adakah emangnya kuning juga? :lol:

Ummi Ayu January 3, 2011 at 12:20 pm

salam,
sy tertarik dgn artikel ttg dmm kuning ni.sy skrg tgh pregnant ank y pertama.baru je 5bulan.Sebagai ibu muda, banyak perkara yg sy xtahu.Untuk persediaan, takut2 nti baby kna dmm kuning, mn tau dapat elak lbih awal kan.. sy musykil dan ingin bertanya :

saya dan suami berdarah jenis O, adakah baby kami nanti berisiko mendapat demam kuning???

mas'z January 3, 2011 at 2:34 pm

mmmm..saye mmg sedang mencari petua2 untk hilangkn kuning bby..ank ke 3 saya hari ni sudah hari ke 18 tp sy masih berulang ke klinik untk repeat TSB..kuning nye hr ni naik balik 12.4..hari sabtu hari tu dah trn 11 hr ni naik balik..sy pun risau n buntu ape lg nak buat utk bantu ank saya selain beri susu bdn kerap..smpai hari ni satu ubt n jamu pun sy x amnbil..mmg btl2 mengganggu disiplin berpantang kalu ank kene kuning..
semua anak sy kene jaundis..ank 1st n 3rd ni smpai masuk ward..yg 2nd xde plak..tp cara merawat ank kuning ni berbeza2 sy rs..tgk kesesuaian baby..
ank ke 3 sy ni sy dh cuba mcm2 petua tp ttp lambat hilang kuningnye.. susu kambing hampir sebotol hbs dlm ms 3 hr sy bg..mandi air dukung ank dh 3 hari..org kate mandikan air rebus sireh dah jugak..mandikan ngn air ubat beli kat kedai seh seh cina pun dah buat..ape lg nak buat pun xtau..menyusu mmg kerap n alhamdulillah air susu badan mmg banyak..
ape lg petua yer nak cuba..sy kesiankn ank sy stiap 2 hari kene cucuk kat kaki..walupun die xpernah menangs bl amik darah…heheee
sesiapa ade petua lain silalh dikongsikan bersama yer…

Emma February 6, 2011 at 9:25 pm

salam…sy ibu kpd 3 org anak…skang nie pn bru 10 ari lps bsalin…anak sy 33 m’alami demam kuning slpas lahir..anak yg sulung plg truk..cara sy mngurangkn kadar bilirubinnya, kat umh, sy x’bungkus’ sangat anak sulung sy…sy bgi dia pkai bju pendek..alhmdulillah, demam kuning dia pn turun… anak yg kedua sy dpt tips yg plg bkesan utk anak sy iaitu dgn menggunakan anggur hijau….makcik2 sy ramai yg ada anak kcil yg sbaya n ada yg lbh kcik dr anak sy..suma guna anggur hijau utk menurunkan kadar kuning anak2 diorg…..cma bagi anak kta minum jus anggur hijau (fresh) tiap2 ari..(perah jek dlm mulut baby) insyaAllah mudahan dgn izin Allah, kadar bilirubin baby akan turun..skrg pn sy tgh bgi anak sy yg no 3 nie anggur hijau, bru bgi 2 hari..mdhn esok kadar bilrbin dia bkurangan…

Liana April 16, 2011 at 4:23 pm

Saya nak bertanya..adakah berkemungkinan bayi yang sudah pulih dari demam kuning, boleh dijangkiti demam kuning sekali lagi?

along April 29, 2011 at 7:10 pm

masz,
saya pun mcm awak juga..dh mcm2 usaha utk kurangkan kuning baby. 6 hari berturut2, baby kena ambil darah kat tumit..kesian.
Masa bacaan 15.9 kena rujuk hospital, sampai hospital check biasa sahaja, then bleh balik, tp esoknye kena g poliklinik..bacaan turun skit 15.4, pastu naik balik 15.8, kena g hospital balik, still doktor kata bleh balik.
Pantang kali nie rasanya , mcm x pantang sgt… pergi klinik dh berkali2, jamu n ubat x leh makan, lagi2 yg ada kunyit…
Cuma still bg susu badan dgn lebih kerap, kalau dia buang air besar 5-6 kali kira oklah tu..( doktor yg ckp).. Lastly kita berdoa smoga anak kita sihat n cpt sembuh..a,min :cry:

Kardash May 30, 2011 at 8:25 am

Salam all,

baby saya baru lahir masuk 8 hari arini..saya berdarah O..for sure my baby kena kuning..so saya nak juga bagi petua2 utk baby kuningni..stakatni saya gunakan air tebu merah..jgn guna tebu hijau..yg merah..bagi minum kat babytu at least 1 sudu teh sekali..bagi minum 2 or 3 kali sehari..InsyaAllah turun bacaan kuning..

ena August 15, 2011 at 3:06 pm

alhmdllah.. kedua2 ank sy x dpt kuning.. petua sy, sebaik baby lahirbg kerap air halua.. kurangkan dulu minum susu ibu.. insyaallah itu yg sy amalkan..
Note> baby akan alami berak2 @ cirit birit.. xpe coz 2 proses cuci kuning…
kerapkan bg minum sehingga bayi betul2 compom xde kuning…
halua tu basuh dulu sikit untk kurangkan manisnye..

Jorner bunya October 22, 2011 at 3:05 pm

salam..
saya nak tanya…adakah smua bayi akan mendapat penyakit kuning ?
saya baru je melahirkan ak yang ptma…selepas bayi saya dilahirkan saya mendapati bayi saya tidak meghidap penyakit kuning…saya ingin tahu,adakah faktor pemakanan dan hormon yang mempengaruhi penyakit kuning ?

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: