Artikel pilihan – Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang saya ambil dari sebuah blog. Penulis artikel ini adalah dari seorang pensyarah UiTM yang mana saya mengenali nama beliau sejak 4 tahun yang lepas melalui buku yang di tulis oleh beliau tentang internet marketing. Tapi sampai saat ni saya belum berpeluang untuk menemui sifu tak rasmi saya ni secara bersemuka.

Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi artikel ini kerana ianya berkait rapat dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan harian mereka yang berkeluarga seperti anda dan saya.

Oh ya, penulis artikel ini juga merupakan seorang pengamal Islamic NLP.

Saya copy dan paste artikel dari saudara Fuad Latip dibawah dan link ke blog beliau akan saya berikan di akhir artikel nanti.

********************************************************
ISLAMIC NLP FOR PARENTING : PELUKAN HATI KE HATI (oleh Fuad Latip)

 


Nur Durrotun Nasihah semakin membesar. Lagi dua minggu beliau berumur 3 tahun. Bercakap jangan ditandingi. Tanya itu ini.

Jika di rumah pelbagai perkara dilakukannya. Jika tidak diawasi, ada sahaja kerjanya yang bukan-bukan. Main air, main bedak, punggah sana sini. Saya tidak melarang jika beliau ingin bermain apa sahaja kecuali yang membahayakan.

Namun kekadang kelakuan beliau benar-benar menguji kesabaran ayah dan mama. Ketika ini, jika kita marah, sebenarnya ia boleh merosakkan jiwa beliau walaupun beliau takut untuk melakukan perkara yang tidak disenangi.

Jika ditegur dengan baik, memang susah untuk didengari. Jika tidak ditegur langsung, lagi pelbagai perkara yang jadi.

Saya megambil pengajaran daripada arwah ayah saya. Beliau suka memeluk saya sejak saya kecil sehingga besar walaupun saya sudah berumur 20 tahun lebih. Saya rasa tenang di dalam pelukan seorang ayah. Juga di dalam pelukan mak. Ketika itu saya berasa sungguh damai. Rasa yang pasti tidak mampu ditulis di sini. Diketika itu apa sahaja arahan mereka mudah diikuti.

pelukan

Hari ini Nasihah sengaja menumpahkan air di atas meja TV. Kemudian menyapu air tersebut dengan tangan. Dibasahnya DVD-DVD berdekatan yang ada. Di basahnya sebuah majalah yang berada di situ. Mulanya saya ingin menegur beliau. Tetapi saya teringat cara arwah ayah mendidik anak-anaknya dengan memeluk anak-anaknya hati ke hati dan terus sambung ke Allah SWT.

Saya mendapatkan Nasihah dan memeluk beliau. Saya bawa beliau mengingati Allah SWT. Di kala saya memeluk beliau, saya terus sambung dengan Allah SWT walaupun sambung ke Allah SWT itu sememangnya setiap saat. Tetapi kali ini saya membawa hati anak saya untuk mengingati Allah SWT.

Bagaimana? Cukup sekadar memeluk, diam dan saya mengingati dan memohon kebaikan untuk anak saya daripada Allah SWT. Saya tidak mampu menenang jiwa anak saya kecuali Allah SWT yang menenangkan. Lalu saya minta saja pada Allah SWT.

Awalnya gelisah dan ingin lepaskan diri. Tetapi kemudian beliau tenang, tidak gelisah dan diam sahaja. Setelah itu mudah mendengar kata-kata saya.

***

Pelukan hati ke hati kemudian dibawa mengingati Allah SWT mampu melembutkan hati sesiapa sahaja. Peluklah anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa kerana dengan pelukan hati ke hati dan disambung ke Allah SWT, pasti mampu melembutkan hati mereka. Begitu juga dengan suami atau isteri. Peluklah mereka dan sambungkan hati kita kepada Allah SWT.

********************************************************

Jika anda berminat untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan dengan Islamic NLP dari blog Fuad Latip ni, Puan boleh ke blog beliau di link ni >> http://www.fuadlatip.com/v1/

Ok lah, sampai di sini dulu perkongsian dari saya untuk kali ini. Semoga apa yang saya kongsikan ini memberi manfaat untuk anda sekeluarga.

 

Kak Fazidah

 

2 thoughts on “Artikel pilihan – Islamic NLP for Parenting: Pelukan Hati ke Hati”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.