Ibu Hamil Perlu Elak Makan 8 Jenis Makanan Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila disahkan hamil, pasti bakal-bakal ibu akan mula menjaga kandungan dengan baik.

Pengambilan makanan yang baik dan sihat perlu dititik beratkan bila dan mengandung ni.

Jangan main makan je..hehehe. Sebabnya ada juga makanan yang tidak elok untuk dimakan ketika hamil.

Sekadar pengetahuan buat semua, berjaga-jaga ketika memilih makanan, kadang-kadang makanan yang kita tidak sangka pun sebenarnya boleh memudaratkan bayi dalam kandungan.

Jom kita lihat, apa 8 makanan yang dilarang untuk ibu mengandung ambil.

1) Daging Mentah

Segala jenis makanan yang mentah tidak elok untuk ibu mengandung, ini kerana, daging mentah mudah terdedah dengan bakteria yang bernama Listeria.

Bakteria ini boleh membahayakan kandungan. Pastikan makan semua makanan yang sudah sepenuhnya masak.

2) Jus yang diproses

Jus dalam tin atau kotak kebiasaannya sudah di tambah bahan pengawet, lebih baik anda buat sendiri di rumah. Lagi selamat dan meyakinkan.

3) Pengambilan vitamin dan supplement

Elakkan mengambil sebarang jenis ubatan. Kadar kimia yang digunakan dalam ubat boleh menyebabkan bayi gugur. Dapatkan nasihat doktor jika anda nak ambil vitamin atau supplement.

4) Nanas

Nanas buahan yang paling tajam dan boleh melembutkan Rahim dan keguguran boleh berlaku sekiranya ambil Nanas tidak dikawal.

5) Kentang Bertunas Hijau

Kentang yang ada tumbuh tunas hijau dikulit dipercayai mengandungi racun berbahaya. Ibu yang hamil harus berjaga-jaga ketika ingin membeli kentang di pasaraya.

6) Sushi

Sushi harus dielak ketika mengandung. Kandungan mercuri diletakkan sedikit dalam sushi dan boleh mengakibatkan kelembapan dan kerosakan pada otak janin.

7) Sayuran yang tidak dibasuh

Jangan salah faham, sayuran bagus untuk kandungan tetapi, haruslah dibasuh dicuci terlebih dahulu sebelum makan. Ini kerana, pencemaran toksoplasmosis yang meyebabkan tanah tercemar dimana ketika sayur itu ditanam boleh membahayakan kandungan. Pastikan dicuci dengan betul ya !

8) Telur separuh masak/mentah

Elakkan pengambilan telur separuh masak atau mentah, dikhuatiri kuman salmonella didalam telur menjangkiti bayi didalam kandungan. Elakkan mengambil makanan dari telur mentah seperti kek atau adunan tepung sebelum membuat roti,biskut dan cucur. Pastikan mengunakan telur yag telah dipastuer.

Nak baby sihat, baby comel, jagalah kandungan anda dengan sebaik mungkin.

Saya harap perkongsiaan ini berguna untuk puan-puan yang bakal menimang cahaya mata.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.