Tips hilangkan hitam dicelah peha

by fazidah on August 20, 2009

Assalamualaikum,

Saya sering menerima sms dan panggilan dari pelanggan yang bertanyakan soalan yang hampir sama… “macam mana nak hilangkan hitam kat celah paha”

Sebenarnya masalah hitam dicelah paha sering terjadi terutama bagi mereka yang baru saja lepas bersalin. Dah tu susah nak hilang pulak tu. Memang tak best betul rasanya.

He..he… sebenarnya caranya amat mudah sekali. Jika anda juga menghadapi masalah yang sama, mungkin tips ni boleh membantu anda.

Caranya ialah dengan menyapu losyen bayi (tak kisahlah losyen brand apa pun) di bahagian yang mengalami masalah hitam dengan kerap. Seeloknya losyen disapu setiap kali selepas mandi sebab lepas mandi kulit masih lembut. Jadi cepat lah sikit losyen nak menyerap. Amalkan menyapu losyen ini setiap hari. Insya allah lepas beberapa minggu anda akan mula nampak hasilnya.

Bagi langkah pencegahan pula, cara ini sesuai dilakukan sewaktu anda sedang hamil.

Cara-caranya :

  1. Sapu scrub di celah peha setiap kali anda mandi. Apa-apa scrub pun boleh… Kalau nak cari yang murah kat Mydin ada jual scrub susu (milk scrub). Harga bawah RM5.00 je.
  2. Selepas mandi pula, sapu losyen di celah paha.
  3. Kalau ada bahagian badan anda yang lain yang turut mengalami masalah hitam ni, anda boleh buat cara yang sama juga.

Bagi mereka yang dah bersalin, cara diatas juga masih boleh digunakan.

Mudah saja kan? Cuma kena rajin sikitlah. Kalau diri sendiri tak jaga badan, siapa lagi nak tolong jagakan. Ye tak…?

Kak Faz

Tips hilangkan hitam dicelah peha by

{ 7 comments… read them below or add one }

miza October 12, 2009 at 11:26 pm

saya sekarang menunggu saat kelahiran pertama masalah saya sekarang nak tahu produk untuk set bersalin yang mana sesuai dengan saya, saya baru je 21 tahun nak kena jaga badan jadi harap dapat berikan saya maklumat tentang produk bersalin yang bermutu dan harga yang berpatutan tidak melampau..

Ratna May 23, 2010 at 6:21 pm

Salam kak faz…saya nak btanya sikit, saya ni dah lama gak tak mengandung. anak ptama umur 10thn dan anak ke-2 umur 8 tahun..Masalah nyer, dah bermacam losyen saya pakai. Losyen babylah…pelbagai losyen saya dah pakai. stiap kali ke tandas, saya pasti mengelap dgn kain bersih hingga kering.Saya tak pakai sabun dan pencuci wanita apa2 pun tapi kulit masih gatal. dan saya sering menggaru. tu yg menyebabkan kulit saya hitam. saya cuba gak control tak nak garu tapi x boleh….Utk maklumat kak faz, saya tak mengalami apa2 keputihan pun. Buat pap smear, tak ada problem. tapi kulit peha saya masih gatal.Macam nama ya kak faz…ada petua tak?

Shavina February 25, 2011 at 12:52 pm

Celah peha hitam sangat. Saya dah cuba mcm mcm losyen, scrub tapi tak hilang. Sekarang pulak leher. Macam mana ni kak. Suami dah tanya kenapa sampai hitam macam ni, saya malu lah

Elina June 7, 2011 at 11:00 am

Celah peha hitam sangat. Saya dah cuba mcm mcm losyen, minyak, scrub tapi tak hilang. Sekarang pulak leher. Macam mana ni kak. Suami dah tanya kenapa sampai hitam macam ni, saya malu lah….

Fatin March 23, 2013 at 6:46 pm

Masalahya skrg saya belum kahwin.. Masih remaja dan anak dara lagi..yang saya ingat masa first day saya kena period, sy tgk celah peha saya dah hitam..terkejeut saya..smpai skrg hitam kak…

nitha July 29, 2013 at 5:40 pm

hi kak. lagi 3 bulan i dah nak kahwin. masalahnya Celah peha 1 hitam sangat. i guna scrub tapi no use la. losyen bayi pun i dah try. still sama. tolng i kak. malu la …..

nad October 1, 2013 at 10:25 am

salam…

ermm, sama la..bru2 ni tekejut beruk jugakla tgk peha sendri…
sblm ni memang tawu yg selah peha agak gelap, tp samar2 je la…dah ritu, gedik depan cermin, tgk hitamnyeee kat area bwh peha….
cm nk nanges jeee..ermmm…

sadisss…
sama dgn pngomen sblm ni,

belum pun laki kawin, tkejut laki den kalo tawu ni…malu malu malu!!!! :cry: :cry: :cry:

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: