Gambar parut luka cesarean – part 3

by fazidah on February 4, 2009

Hello semua :)

Hari ini tibalah posting saya untuk part 3 – Gambar parut luka cesarean yang bernanah dan dijangkiti kuman.

Baiklah, mari kita lihat gambar dibawah :

1. Gambar diatas menunjukkan luka cesarean yang telah terkena jangkitan. Jangkitan terjadi apabila terdapat benjolan keras dan apabila ditekan akan terasa sakit. Pada awalnya hanya akan merasa sakit sahaja dan tiada tanda-tanda ada nanah atau cecair jernih yang keluar dari tempat yang terkena jangkitan

2. Gambar diatas menunjukkan terdapat cecair jernih yang keluar dari luka cesarean yang terkena jangkitan. Ini biasanya terjadi beberapa hari selepas terkena jangkitan. Selalunya cecair jernih ini akan keluar setiap kali selepas mandi. Sebaiknya cecair jernih (ada juga yang seakan-akan bercampur dengan darah) dipicit

3.  Gambar diatas menunjukkan tempat yang terkena jangkitan mulai nak kering.

4. Dan akhir sekali, jangkitan telah mulai kering. Tapi kesan parutnya akan kekal sampai bila-bila. Kalau kena jangkitan macam ni memang agak kurang cantiklah parut cesarean tu. Biasanya kalau yang tak kena jangkitan akan ada satu line… tapi yang kena jangkitan akan ada pulak parut tambahan disekelilingnya. Tapi tak mengapa, jika selepas ini anda mengandung lagi dan bakal bersalin cesarean lagi, biasanya doktor akan tolong buangkan parut yang tak cantik tu :mrgreen:

Okey, itu saja posting saya untuk kali ni.

Kita jumpa lagi diposting yang akan datang ye :)

Kak Faz

Gambar parut luka cesarean - part 3 by

{ 13 comments… read them below or add one }

siti February 12, 2010 at 11:08 am

Gambar luka kecil tu adakah setelah lama membuat pembedahan ataupun yang baru-baru lagi. Boleh saya tahu bagaimana dia boleh sembuh dengan sendiri. Adakah melalui penjagaan makan ataupun dengan lain-lain cara. Terima kasih atas penjelasan puan.

Faz February 13, 2010 at 1:42 am

Sala Siti,

Gambar diatas untuk yang masih baru beberapa minggu lepas cesarean..

Untuk tips penjagaan luka cesarean saya ada berikan secara percuma bagi mereka yang menyertai newsletter bengkungmoden.com ye…

ummieoleea April 6, 2010 at 3:54 pm

hai kak faz….

apakah yang dimaksudkan dengan parut luka selepas pembedahan cesarean yang serius?

fazidah May 14, 2010 at 6:01 am

Hi,

Maaf, akak tak faham soalan anda.

Nurr February 26, 2012 at 8:21 pm

Salam kak..nk tny,kalau ada terkena jangkitan macam kat atas perlu pergi jumpa doktor atau just tunggu kering sendiri.. Dan adakah ianya berkait dengan luka dalaman?

erda April 12, 2012 at 9:55 pm

Abis mcm mana kering..apply apa2 tak?…sya mmg ada luka cezer mcm ni skrg..perit & pedih kekadang..sya dh 24hri pantang..mcmana ya plsss…

nurul November 20, 2012 at 8:17 pm

buat mcm mna ya bg keringkn klu kuar air mcm 2….

mamazie December 17, 2012 at 12:27 am

Saya dh masuk hari ke 25 bersalin cesarean anak ke 4. Saya baru 11 hari gunakan bengkung moden.
Luka pembedahan nampaknya macam dh kering. Tapi masalah saya ialah sejak 3-4 hari ini, saya rasa
sakit d tepi perut kiri sebelah luka. Sakitnya pedih mcm kulit kena toreh.
Nak tanya la, kenapa ye saya rasa sakit tu. Adakah disebabkn luka dlm perut saya belum penuh?
Kdg2 sampai saya trpaksa buka bengkung waktu tgh mlm sbb x tahan rasa sakit tu.

Tlg beri pnjelasan, k. faz. Adakah saya perlu jmpa Dr?

fazidah December 17, 2012 at 1:47 pm

nurul, keringkan luka dengan pengering rambut n sapu ubat pusat baby di bahagian yg keluar darah tu

fazidah December 17, 2012 at 1:48 pm

Mamazie, luka puna kena infection.
Just keringkan luka dgn pengering rambut tiap kali lepas mandi & sapukan ubat pusat baby.
bahagian tepi memang senang kena infection sebba kulit di jahit lebih tebal di bahagian tepi tu..

mamazie December 17, 2012 at 2:06 pm

kak fazidah. Bukan sakit kt luka. Malah luka saya kering sepenuhnya, xde
apa2 cecair pun.Tapi sakit tu d bwh perut sebelah kiri membawa ke atas.
Selari dgn luka tp bukan d luka jahitan. Tu yang saya pelik sbb sakitnya x
nampak.

cikon February 6, 2013 at 3:52 pm

Mamazie, saya pon alami masalah yg sama…sakit di bhgn perut sblh kiri atas sikit dari luka pembedahan
Perot pon jadi keras risau kena infectiion luka dalaman

Tlg bantu…thx

afroza April 10, 2013 at 2:02 am

Salam semua..saya terkene infection pada luka cezer yg sgt teruk..sudah 46 hari hingga kini luka cezer masih bernanah teruk dn berlubang2..saya sungguh kecewa.kerana dr saya keluar hosp slepas bersalin saya sudah rasa bengkak atas luka cezer.seminggu lepas tu luka cezer sya terbukak dn mengeluarkn nanah teramat byk smpai gelas byknya..sudah mkn antibiotik..cuci tp x jgk sembuh doktor cadangkn sya bukak balik jahitan dn biar terddah selama 5 hari utk dicuci hingga bersih.slepas tu baru jahit semula.skrg saya tgh dlm dilema dn sudah buat complain pd hosp ..

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: