Tips Mengelak Peningkatan Berat Badan Berlebihan Sewaktu Hamil

by fazidah on June 14, 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Waaahh… lama nya saya bercuti dari menulis di blog ni. Sampai berhabuk rasanya.. fuuhhh…fuhhh.. tiup habuk dulu kejap (huu…huu..)

Apa khabar anda semua?  Agaknya ada yang dah lupa pada saya. Memang salah saya sendiri pun, kena tanggung saja lah akibat nya jika dilupakan oleh anda semua.

Saya ok saja. Cuma biasalah ada kala nya teringin nak test benda dan teknik baru. Bila tak jadi, frust sekejap.

Dah lama saya tak kongsi tips kat sini walaupun banyak info dan tips yang berlegar dalam kepala dan banyak yang saya dah ‘ter’ lupa..

Untuk hari ni saya nak berkongsi 5 tips untuk mengelak dari berat badan naik terlalu banyak sewaktu tempoh hamil.

Biasanya sewaktu dalam tempoh kehamilan, kenaikan berat badan normal ialah antara 10 ke 15 kg dari berat sebelum hamil. Tapi selalu juga saya menerima dan membaca email pelanggan saya yang risau dengan kenaikan berat badan yang terlalu banyak dan melebihi paras kenaikan normal.

Tips berikut boleh membantu mereka yang menghadapi masalah yang sama :

1. Masak dan sediakan makanan sendiri

Makanan yang dimasak sendiri selalunya bukan saja lebih bersih tapi kita juga boleh pilih bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Masakan terbaik bagi mengelakkan pertambahan berat badan melebihi had adalah dengan cara membakar, memanggang dan secara stim kerana masakan begini tidak menggunakan minyak.

2. Makan secara sihat

Elakkan dari mengambil minuman bergas dan berperisa kerana minuman jenis ni selalunya menambah kandungan kalori. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga elakkan dari pengambilan makanan segera seperti KFC, McD, Pizza. Bercerita tentang makanan ni, teringat pula saya pada seorang pelanggan saya yang sudi berkongsi tips ni. Katanya, sewaktu hamil isterinya mengamalkan pengambilan kurma dan kismis sepanjang kehamilan bagi mengelakkan bayi dari demam kuning sewaktu dalam pantang. Dari segi kuantitinya pula, katanya tak banyak pun tak apa. Sekadar 3 biji sehari pun dah okay. Tapi kalau lebih pun apa salahnya sebab kurma dan kismis memang berkhasiat. Jika tidak masakan ia menjadi makanan pilihan Rasulullah s.a.w. :)

3. Jangan makan untuk 2 orang

Hamil tak bermakna anda kena makan banyak walaupun sewaktu hamil tu adalah waktu 2 in 1 , bagi yang hamil kembar pula 3 in 1 (satu badan ada 2 atau 3 nyawa termasuk nyawa ibu..). Jika anda kerap lapar, buah-buahan, kismis dan kurma boleh dijadikan kudapan sementara menunggu waktu makan.

4. Ambil supplemen

Supplemen boleh membantu melengkapkan nutrien pemakanan yang kurang dalam menu harian. Biasanya doktor memang ada berikan obimin dan kalsium sebagai sepplemen untuk ibu hamil. Selain dari itu, madu lebah juga sangat baik untuk dijadikan sebagai makanan tambahan kerana khasiat nya yang banyak. Tapi pastikan madu yang asli ye :)

5.  Kerap berjalan dan lakukan senaman khas untuk kehamilan

Senaman ketika hamil sangat digalakkan kerana ia mampu memejalkan otot dan susuk tubuh, menguatkan otot pelvik dan memperbaiki postur tubuh. Orang tua-tua kata, kalau banyak berjalan nanti senang nak bersalin. Tapi tak semua orang ada masa nak berjalan-jalan ditaman. Rumah sekarang pun saiz nye banyak yang kecik-kecik aje. Baru menapak 3 ke 4 langkah dari bilik dah sampai dapur.  Oleh itu saya kongsikan video di bawah yang boleh anda rujuk untuk senaman yang selamat bagi ibu-ibu yang sedang hamil.

 Senaman selamat untuk ibu hamil

 

 

Ok lah, itu saja untuk kli ini. Insya allah saya akan kongsikan lebih banyak tips lagi nanti :)

 

Kak Faz

bengkung moden, bersalin cesarean

 

Tips Mengelak Peningkatan Berat Badan Berlebihan Sewaktu Hamil by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: