Category Archives: Tips Dari Media Sosial

Tips dan panduan percuma dari Bengkung Moden di laman sosial facebook, twitter dan google plus

Kenali Kontraksi Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada yang dah pernah bersalin mesti dah tahu rasa kontraksi nak bersalin kan..tapi  pada yang pertama kali nak bersalin masih tertanya-tanya lagi macam mana sebenarnya rasa kontraksi tersebut.

Macam yang pernah saya share sebelum kadang-kadang kontraksi palsu boleh berlaku. Jadi kali ini saya nak share beberapa tips untuk kenali kontraksi sebenar supaya anda lebih bersedia.

Continue reading Kenali Kontraksi Bersalin

5 Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia Untuk Bantu Anda Cepat Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila sudah berumahtangga pasti ramai yang akan bertanya bila nak tambah ahli baru. kadang-kadang soalan ni boleh buatkan kita rasa tertekan.

Walapun pelbagai cara, tips-tips, petua-petua, ubat-ubatan, cara tradisional telah dilakukan untuk mendapatkan cahayamata masih belum membuahkan hasil.

Mungkin anda boleh dapatkan rawatan kesuburan di klinik, tapi anda tak pasti apa rawatan-rawatan kesuburan yang boleh anda lakukan untuk membantu proses kehamilan.

Saranan daripada doktor amat penting untuk memilih prosedur terbaik untuk rawatan kesuburan. Semua prosedur diatas perlu memiliki beberapa kriteria bagi mencapai peratusan kehamilan yang lebih tinggi. Ia juga mungkin perlu dilakukan beberapa kali sebelum berjaya hamil. Continue reading 5 Jenis Rawatan Kesuburan Di Malaysia Untuk Bantu Anda Cepat Hamil

5 Tips Memilih Bengkung Bersalin Yang Paling Sesuai

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ibu-ibu yang bakal berpantang pasti masih terpilih-pilih lagi bengkung yang sesuai kan untuk dipakai sewaktu dalam pantang nanti.

Banyak persiapan perlu dilakukan bagi memastikan fasa berpantang berjalan dengan lancar. Selain set bersalin, pemakaian bengkung juga adalah antara keperluan bagi ibu selepas bersalin.

Dipasaran sekarang ada macam-macam yang dijual. Ada jenis moden, berzip, velcro dan juga bertali.Boleh jadi keliru nak pilih mana yang paling sesuai..hehe. Continue reading 5 Tips Memilih Bengkung Bersalin Yang Paling Sesuai

Kontraksi Palsu, Ibu Bakal Bersalin Wajib Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada satu contoh situasi yang mana terjadinya kontraksi palsu.
“Menjelang tarikh jangkaan bersalin dua minggu lagi, Shafini mengalami kontraksi. Dia fikir, masa bersalin sudah tiba sehingga mengambil keputusan ke hospital kerana panik.

Setelah diperiksa, serviksnya belum terbuka. Selang beberapa hari, kontraksi tersebut datang lagi dan kali ini ia lebih tegang meski pun ritma tidak teratur. Sekali lagi dia ke hospital. Namun, doktor menyuruhnya pulang dengan alasan masa bersalin Shafini belum tiba”.

Untuk situasi di atas, kontraksi sebegini dikenali sebagai kontraksi palsu. Ia juga dikenali sebagai Braxton Hicks. Hal inilah yang berlaku kepada Shafini sebelum ini.

Continue reading Kontraksi Palsu, Ibu Bakal Bersalin Wajib Tahu

Awas,Suntikan Cegah Kehamilan Lebih 2 Tahun Boleh Mengakibatkan Tulang Rapuh!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Atas faktor kesihatan seperti faktor usia yang semakin meningkat, jarak kehamilan yang rapat serta kelahiran anak secara pembedahan, memungkinkan wanita mengikut saranan doktor bagi mencegah kehamilan berlaku.Salah satu kaedah yang sering menjadi pilihan adalah melalui Suntikan Depo Provera.

Suntikan Depo Provera ini mengandungi hormon progesterone atau DMPA 150mg yang memberikan kesan pencegahan kehamilan buat jangka masa yang lama. Continue reading Awas,Suntikan Cegah Kehamilan Lebih 2 Tahun Boleh Mengakibatkan Tulang Rapuh!