Cara Mudah Untuk Maintain Perut Yang Kempis

by fazidah on August 16, 2008

Salam Ceria :)

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk maintain perut yang kempis bagi mereka yang telah berjaya mengempiskan perut. Almaklum lah… dah penat berusaha, kadang-kadang tu bila dah berjaya kempiskan perut, rasa malas tu kadang-kadang menjengah juga dalam diri.

Okay, cara-cara mudahnya ialah :

1. Buat senaman

He..he.. he… ini bukan cara mudah juga sebenarnya. Mana ada masa nak bersenam selalu. Kalau begitu, jadikan sebahagian dari aktiviti harian anda sebagai senaman. Kira macam 2 in 1 gitu. Caranya :

(a) Bagi yang bekerja, jika anda naik LRT, Komuter, Monorel, bas atau mana-mana public transport, setiap pagi sewaktu nak ke stesyen LRT, bas etc… cuba jalan laju-laju dan cepat-cepat. Lepas tu, bila dah turun dari public transport tu, kalau nak kena berjalan ke office pulak, cuba jalan laju-laju jugak. Tak berpeluh pun tak apa, at least kita dah buat something untuk hari tu. Tahukah anda, berjalan laju juga membantu jantung untuk pam darah dengan lagi cepat? Jadi, secara tidak langsung, ia bagus untuk jantung anda dan membantu mengelakkan serangan jantung.

Waktu petang lepas balik kerja, lakukan perkara yang sama. Begitu juga sewaktu ditempat kerja, kalau nak pergi ambik fail, pergi photostate paper, pergi pantry buat air.. jalanlah laju-laju.

(b) Bagi yang tidak bekerja, cuba lakukan kerja rumah anda dengan pantas. Kalau jemur baju, cuba buat cepat-cepat seolah-olah macam terkejar-kejar. Sama juga, bila sapu sampah, sapulah laju-laju. Mesti berpeluh lepas tu. Tapi jangan sampai terjatuh pulak ye.

2. Pakailah bengkung moden selalu :)

Tapi kalau anda dah pun berjaya kempiskan perut, cuba pakai bengkung moden diwaktu-waktu tertentu untuk pastikan perut dan saiz pinggang anda tidak naik :

(a) Pakai bengkung moden untuk 5 ke 7 hari berikutnya apabila anda makan banyak pada hari tersebut. Err… Ini rahsia saya sebenarnya… Kerja full time saya sekarang kadang-kadang memerlukan saya berjumpa pelanggan. Ada waktunya, perlu belanja customer makan. Kalau makan buffet set, memang banyaklah nak kena makan sebab kalau tak makan rugilah bayar mahal-mahal. Diwaktu yang lain pulak, orang belanja makan pun ada.. hu..hu… Lagipun saya memang suka makan :) Jadi malam itu dan malam berikutnya, saya sapu gel sireh slim dan pakai bengkung moden selama beberapa malam berturut-turut. Dah makan banyak kenalah buat sesuatu untuk maintain perut.

(b) Bila bulan mengambang (time period aka bendera jepun), pakailah Bengkung Moden. Kalau nak best lagi, sapu gel sireh slim sekali. Waktu period, rahim kita mengembang dan jika anda perhatikan, perut juga agak extra buncit dari biasa. So, this is the best time to make it flatter. Kalau nak best lagi, pakai Bengkung Moden dan gel sireh slim siang dan malam disepanjang waktu period. Kalau rajin, sambunglah pakai Bengkung Moden even lepas period dah habis.

Pesanan akhir saya, mencegah lebih baik dari terlambat. Sebab bila perut dah buncit, susah juga nak kempis balik sebab ia memerlukan DISIPLIN, KESABARAN DAN USAHA YANG BERTERUSAN. Bagi yang masih berusaha untuk kempiskan perut, teruskan usaha anda sampai berjaya. Kerana bila anda berjaya, saya juga turut gembira. Bayangkan anda berjaya kempiskan perut dan bergaya dengan kebaya di majlis kenduri kawin. Cik Abang disebelah pun rasa best je tengok isterinya berkebaya.. oh…

Good Luck!

Kak Faz

Cara Mudah Untuk Maintain Perut Yang Kempis by

{ 3 comments… read them below or add one }

Nor June 17, 2010 at 8:47 am

Askm…kak faz i nk tanya macam mane nk kempiskan perut after 3 bulan bersalin cesarean..?Dalam tempoh 3 bulan 2 sy tak pernah berbengkung pun…so apa yang patut sy buat sekarang?

fazidah June 30, 2010 at 9:09 am

Wslm :
1. Beli bengkung moden dan gel sireh (pakej special) di laman web akak di bengkungmoden.com
2. Dah dapat bengkung moden tu, pakai lah siang dan malam.

Kena disiplin pakai untuk dapatkan kesannya

Naz August 9, 2011 at 1:55 pm

Salam,

i have 2 thing to ask;

1) im quite young, 23 n not married yet tapi my stomach agak buncit…mcm xrcs i have tried tapi tak berkesan. What is the best way nak ilangakn buncit besides using bengkung??

2) i notice that i’m starting to get cellulite.. mcm mana nak ilangkan?

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: