Bila nak mula pam susu sewaktu didalam pantang?
Assalamualaikum
Bagi bakal ibu yang sedang hamil, pasti diwaktu ini anda sedang mencari seberapa banyak informasi yang perlu sebagai persediaan sebelum bayi anda dilahirkan.
Itulah juga yang pernah saya lakukan dulu. Baca majalah dan surf internet (tapi masa tu curi-curi baca waktu rehat dipejabat). Waktu tu tak banyak lagi forum dan blog yang memberikan tips tentang penyusuan susu ibu. Jadi apa yang saya baca dan faham, itulah yang saya praktikkan.
Tapi ada satu statement atau ilmu ni yang buat saya kadang-kadang rasa tak puas hati – “masa yang sesuai untuk mula pam susu ialah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja”… sebabnya kalau lagi 2 minggu nak mula kerja baru anda nak pam susu, berapa sangatlah yang anda dapat simpan stok susu sebagai back up?
Itu belum dikira apabila anda mula bekerja nanti apabila :
- Anda sibuk dan terlepas waktu pam susu hingga menyebabkan jumlah susu yang anda pam kurang dari biasa
- Tekanan di tempat kerja hingga menyebabkan pengeluaran susu anda berkurangan
- Anda tidak sihat seperti demam atau jatuh sakit
- Biasanya apabila susu yang dipam kurang, makin menggelabahlah anda jawabnya
Mengikut pengalaman dan pandangan saya, masa terbaik untuk anda mula pam susu sebagai persediaan sebelum kembali bekerja ialah 2 minggu selepas bersalin. Anda boleh letak target sendiri berapa Auns stock susu yang anda ingin kumpul dalam sehari. Contohnya 5 oz sehari. Walaupun cuma 5oz sehari, jika dikumpul setiap hari apabila tiba masa untuk anda kembali bekerja, saya pasti dah hampir penuh peti ais anda dengan stok susu. Dan yang pasti, anda akan kurang merasa tertekan dan risau apabila susu yang anda pam sewaktu bekerja kurang dari target anda atau kurang dari jumlah keperluan bayi anda kerana anda masih ada banyak stok susu sebagai bank up. Ini juga bermakna anda masih ada banyak masa untuk kembalikan semula supply susu anda ke kuantiti yang sepatutnya
Selamat pam susu!
Kak faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















salam k.faz…ingat saya x?awal2 klahiran dulu saya pam juga susu but bby saya xminum…tiap2 hari waktu keja somi hantar bby g nyusu time rehat.sempat gk berulg alik sebulan,lps tu dia minum ssu formula..dalam 2 jer minum tapi skrg dah stat xminum plak susu formula..saya pun sbb dah lama xpa,pam dapat skit jer..jadik skrg bby saya jus minum air masak jer sepanjang saya g keje..cian plak dia tapi dia mmg xmboh sunguh2 tu..
cantik blog akak..jeles yang amat saya ni..nat lehla saya belajar ek..jemputla ziarah saya juga..but blog kita sangat simple je…fathifadhilhusin.blogspot.com
salam Fath,
Laa… kesiannya baby Fath tak nak minum susu. Sekarang ni baby dah berapa bulan ye? Kalau dah 6 bulan keatas, bolehlah bagi dia makan. At least tak de lah dia minum air je sepanjang masa mak dia pergi kerja. Lagi satu, boleh cuba bagi yogurt kat baby tu. Yogurt pun berkhasiat juga. Tapi tunggu lepas dia dah umur 6 bulan lah
salam kak…sy br hamil 5 bln lbh…plan tak nak br susu formula ngn bby…nak tanyer lah…susu yg kt smpn dlm peti sejuk tu da expired jugak ker….pas tu kalau nak beri ngn bby kita pnskn susu 2 ker….konpius lah…
Waalaikummussalam Suri,
Eeerrr……….. soalan suria ni agak mengelirukan lah. Susu mana yang dah expired tu? Susu formula atau susu ibu? Susu tu simpan sejak bila? Ni susu ni untuk anak yang tengah pregnant sekarang ke? Atau ada anak yang bawah 2 tahun yang masih disusukan?
Mana-mana susu (sama ada susu ibu atau susu formula) yang disimpan dalam peti sejuk seeloknya dipanaskan sebelum diberikan kepada anak. Cara panaskan ialah dengan merendam dalam air panas selama beberapa minit atau hingga susu menjadi suam.
hai kak faz…..susu ibu yang kita simpan tu boleh tahan berapa lama yer…..saya hamil anak yang pertama,so kurang sikit lah pengetahuan pasal ni….