10 Tips menyusukan bayi ditempat awam
Hi semua
Musim sekolah begini pasti ramai ibu-ibu yang mengambil cuti kerja untuk membawa anak-anak berjalan dan balik kampung kan.
Walaupun begitu, bagi yang mempunyai bayi kecil dan masih lagi menyusu dengan susu ibu pasti menghadapi masalah untuk menyusu ditempat awam. Perasaan segan, malu dan kasihan pada anak yang menangis kelaparan silih berganti.
Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk menyusukan bayi di tempat awam :
1. Apabila sampai di destinasi yang dituju dan sebelum keluar dari kereta, susukan bayi terlebih dahulu sehingga bayi kenyang. Lepas tu bolehlah jalan-jalan dengan tenang sikit
2. Jika bayi anda sudah pun berumur 6 bulan keatas dan mula menerima makanan pejal, beri bayi anda makan sebelum keluar. Jadi bila keluar tu, bayi dah kenyang dan masa untuk menyusu juga pasti lambat lagi.
3. Jika bayi anda telah mula makan makanan pejal, anda boleh bawa bekal biskut bayi dan air masak. Jadi apabila bayi lapar, anda boleh berikan biskut kepada bayi anda sehingga anda menemui tempat yang sesuai untuk menyusukan bayi. Dengan cara ini, tak adalah bayi anda menjerit ditengah-tengah orang ramai tu
3. Jika di shopping complex, cuba cari fitting room (bilik mencuba baju), tempat menukar lampin, surau dan sudut-sudut yang agak jauh dari escalator, tangga, lif dan laluan orang ramai untuk anda menyusukan bayi.
4. Kalau tak ada tempat-tempat diatas, jika anda bawa stroller / kereta sorong bayi, anda boleh jadikan stroller sebagai pelindung dengan meletakkan stroller didepan anda. Sekurang-kurangnya adalah juga cover sikit. Di sebelah kiri dan kanan pula, anda boleh minta suami dan anak anda yang dewasa (jika ada anak yang dah besar sikit) untuk berdiri bagi melindungi anda
5. Jika anda bertudung, anda boleh gunakan tudung sebagai cover dibahagian dada sewaktu menyusukan bayi. Jika sebaliknya, sebaiknya andaa bawa selendang dan letakkannya dibahu sewaktu menyusukan bayi
6. Untuk melindungi bahagian perut yang terdedah, anda boleh gunakan tube atau jika anda memakai bengkung moden, ia boleh digunakan untuk menutup perut anda sewaktu menyusukan bayi
7. Gunakan sling – selain dari untuk mengendong bayi ia juga membantu memudahkan anda menyusukan bayi ditempat awam. Tak ada orang yang akan perasan yang anda sedang meyusukan bayi
8. Jika ada yang merenung kepada anda, tenung je balik. Mesti lepas tu dia alihkan muka ke tempat lain. Anda tak buat salah apa pun. Sebaliknya sedang melakukan tugas yang mulia sebagai seorang ibu – menyusukan bayi anda. Dapat pahala lagi tau…
9. Tenangkan diri anda.Kalau anda menggelabah dan rasa tak selesa.. mesti lambat nak dapat let down. So be cool dan calm, okey
10. Pakai bra menyusu yang sesuai agar mudah untuk anda menyusui bayi anda. Mamamodern.com menawarkan nursing bra yang selesa dan mampu anda miliki
Okey, itu saja untuk kali ini. Jumpa lagi di artikel seterusnya nanti.
Yang tak ada cuti
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


















salam..
saya br 3 bln menjadi bonda kpd seorg putera.
i’ve tried to exclusively bf for my baby.
so dgn excitednya saya dh jait sendiri feeding cover(fc) for using during public bf.
siap jait xtra for hadiahkan utk my best frenz.
genap 41 hr selepas pantang,saya & baby went to a window shop with my mum&siblings.
during the wndw shop, i used the fc.
sy mmg muka slumber..so bl bf guna fc kt public, i dnt care what people’ll say.
i’m proud of being a mother who bf my baby.
the very next week, we went to a shoppg again but this time with my hubby which only i’ve seen once a week (sy berpantang di sg buloh, but my hubby di kluang).
ms bf using fc kt public, mmg ramai yg stop n stare..
huhuhu mybe ms tu weekend so ramai yg jenjalan.
bl org stare..i stared back then diorg angguk2.
means diorg tau kot sy tgh watpe..
so.. to all mums who bf, dnt shy to show to public that u’re bf mum
mmg ntl kata kak faz : Anda tak buat salah apa pun. Sebaliknya sedang melakukan tugas yang mulia sebagai seorang ibu – menyusukan bayi anda. Dapat pahala lagi tau…
salam…
Congrates Bonda D!
I’m very sure lots of bf moms are so proud for what you are doing. Keep up the good work. Lagi banyak pahala boleh kumpul tu…