Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips mengelak gangguan sewaktu rawatan mengurut

Assalamualaikum,

Apa khabar anda semua? saya harap semuanya okey saja.

Entri saya untuk hari ni ringkas saja tapi sebenarnya berguna terutama bagi mereka yang ingin memberikan penyusuan secara ekslusif kepada bayi anda tapi pada waktu yang sama ingin mendapatkan rawatan yang terbaik sewaktu didalam tempoh berpantang selepas bersalin.

Kebiasaannya selepas bersalin kita akan memanggil tukang urut untuk melakukan rawatan mengurut selepas bersalin. Namun begitu, ada kalanya sewaktu badan sedang diurut baby pula menangis minta disusukan.

Dan selalunya, dengan badan yang berminyak tu, kita pun mintak mak bidan berhenti mengurut sekejap untuk menyusukan bayi. Sebenarnya ia bukanlah masalah besar untuk berhenti dan menyusukan bayi sewaktu sedang diurut, tetapi pada waktu yang sama ia juga mengganggu masa kita untuk menyusukan bayi (dan waktu mak bidan yang mungkin ada appointment lain selepa situ). Jika anda berada dalam situasi ini, ada cara untuk menyelesaikannya.

Caranya ialah pam susu anda dari awal dan simpan dalam peti ais. Jadi sewaktu anda sedang menerima rawatan mengurut dan baby pula minta disusukan, anda boleh panaskan saja susu yang telah diperah tadi sebagai pengganti sementara anda sedang diurut. Dengan cara ini, tak lah terganggu lagi proses rawatan mengurut anda.

Mudah saja kan…?

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif