Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips mengekalkan pengeluaran susu ibu di bulan puasa

Assalamualaikum,

Hari ni merupakan hari pertama kita berpuasa. Kira best juga puasa kali ni sebab hari pertama jatuh pada hari Sabtu. Bolehlah buka puasa sama-sama dengan keluarga sebab ramai yang tak kerja pada hari Sabtu.

Hari ni saya tak nak cakap banyak-banyak. Kita terus ke tips saja lah ye…

Macam biasa dibulan puasa macam ni, ada antara ibu-ibu yang menyusukan anak (terutama yang menyusu badan sepenuhnya) akan rasa sedikit bimbang takut kalau pengeluaran susu mereka akan terjejas. Bertambah binbang kalau stok susu dalam peti ais pun tak sebanyak mana. Boleh menggelabah juga dibuatnya. Mungkin tips ini boleh membantu anda :

  1. Setiap kali waktu sahur – makan 7 biji kurma. Untuk setiap sebiji yang dimakan, jangan lupa selawat keatas nabi Muhammad saw dan niat dalam hati makan kurma untuk kekalkan supply susu. Tips ni sebenarnya saya dapat 5 tahun lepas dan telah saya amalkan. Ahamdulillah pengeluaran susu saya pada waktu tu maintain saja walaupun di bulan puasa. Teringat pula saya. Ada juga sekali tu terlewat bangun sahur. Tinggal lagi 5 minit sebelum habis waktu. Memang tak sempat nak makan… Tapi saya sumbat juga kurma ni dalam mulut dan makan laju-laju sambil berselawat… alhamdulillah, supply susu saya tak berkurang untuk hari tu.
  2. Makan makanan yang lambat dihadam seperti nasi dan oat sewaktu bersahur. Dengan ini anda takkan cepat rasa lapar. Juga elakkan dari mengambil makanan yang mudah dihadam dan menyebabkan anda cepat merasa lapar seperti mi dan roti
  3. Cuba minum air yang secukupnya sewaktu berbuka puasa dan bersahur

Okey, itu saja tips saya untuk kali ni.

Akhir kata selamat berpuasa kepada semua pembaca blog bengkung moden. Terima kasih kepada para pelanggan yang telah  menghantar ucapan selamat berpuasa kepada saya :)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif