Bayi cesarean lebih mudah menghidap jangkitan dan alergi
Assalamualaikum,
Apa khabar anda semua? Saya harap anda okey saja ye
Untuk entry hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang kesan bersalin secara cesarean kepada bayi.
Dari kajian yang dijalankan, sistem imun bayi yang dilahirkan secara cesarean tidak bertindak balas dengan cepat dan efektif berbanding dengan bayi yang dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi cesarean tidak melalui proses kelahiran yang menggalakkan sistem imun mereka diaktifkan dengan lebih awal.
Bagi bayi yang dilahirkan melalui vagina, bayi akan terdedah kepada bakteria ibunya yang akan mencetuskan penyebaran bakteria bermanfaat kedalam usus bayi. Usus pula merupakan tempat dimana 80% daripada sistem imunnya ditempatkan. Semakin banyak bakteria bermanfaat didapati dalam seseorang bayi maka semakin cepat sistem imunnya diransang dan dilatih menjadi kuat.
Namun begitu bayi cesarean akan mengalami 6 bulan kelambatan untuk ransangan sistem imun berbanding bayi yang melalui proses bersalin normal kerana tidak melalui proses pendedahan kepada bakteria baik sewaktu kelahiran. Oleh itu, bayi cesarean lebih mudah menghidapi jangkitan dan alergi berbanding bayi yang dilahirkan secara normal.
Tapi anda tak perlu risau… susu ibu kan ada. Jika bayi anda dilahirkan secara cesarean, sebaiknya anda cuba susui bayi anda dengan susu ibu yang memang sudah diakui boleh membantu menguatkan sistem imun tubuh bayi. Juga, sebaiknya cuba berikan kolostrum (susu ibu paling awal) yang kaya dengan antibodi yang boleh membantu sistem imun bayi anda.
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

















Askum, saya bersalin secara cesarean.setelah baca blog ni kata imuniti baby lahir cesarean lebih lambat dan terdedah kepada alergi saya mula risau sbb anak saya mmg tidak menyusu badan secara direct. saya perlu pam utk beri kpd anak saya dan skrg saya tidak lg berikan susu badan kerana saya sering diserang demam selesema.mcm mana ye. ada x cara lain utk tingkatkan imuniti anak saya yg baru berumur 6 bulan.
Wslm Puan Huda,
Cara terbaik untuk meningkatkan imuniti bayi puan ialah dengan teruskan bagi susu ibu pada bayi. Bila puan selsema, badan puan akan mengeluarkan antibodi untuk melawan selsema yang secara langsung akan juga terkandung dalam susu ibu.