Bolehkah garam dan gula dicampurkan dalam makanan bayi?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bayi dari lahir hingga 6 bulan  adalah disarankan menyusu dengan susu ibu. Pemberian susu ibu ini juga boleh disambung sehingga bayi anda berumur 2 tahun atau lebih.

Walaubagaimanapun, bayi perlu diperkenalkan dengan makanan pelengkap selepas genap umurnya 6 bulan.

Hal ini adalah kerana bayi memerlukan nutrisi yang lebih dan dikhuatiri dia tidak akan mendapat nutrisi sepenuhnya jika bergantung pada susu ibu sahaja.

Semasa memperkenalkan makanan pertama kepada bayi anda,adalah penting bagi mereka mengetahui perisa asal makanan itu dan tidak disarankan tambahan garam atau gula dalam penyediaan makanannya.

Bayi yang baru memakan makanan pejal dapat menerima makanan yang disediakan tanpa tambahan perisa.

Garam

Garam yang berlebihan akan membebankan buah pinggang kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan garam yang berlebihan akan meninggikan risiko tekanan darah tinggi bagi kanak-kanak.

Oleh itu, cuba hidangkan makanan yang rendah garam kepada kanak-kanak.

Gula

Pengambilan gula yang berlebihan pula akan menyebabkan kerosakan gigi.

Kalori atau tenaga daripada gula yang berlebihan akan menyebabkan penambahan berat badan.

Adalah lebih bermanfaat memberikan kanak-kanak rasa manis semulajadi contohnya dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jadi elakkan mencampurkan garam,gula dan perisa tambahan yang lain dalam makanannya.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.