Tips Mengurangkan Sakit Bengkak Susu Selepas Bersalin

by fazidah on December 19, 2008

Salam ceria :)

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya mengalami bengkak susu sewaktu lepas  bersalin setahun yang lepas.

Beberapa hari selepas bersalin, saya mengalami bengkak susu sehingga demam dan badan menggigil menahan sakit. Bagi yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana rasanya. Memang sakit sekali sampai demam-demam. Pendek kata, kalau diberi 4 helai selimut pun tak cukup untuk menahan badan yang menggigil kesejukan. Itulah bahana bengkak susu :(

Bengkak susu biasanya dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin disebabkan ada jalan atau saluran susu yang tersumbat. Ini menyebabkan susu tidak dapat keluar dan boleh menyebabkan ibu yang mengalaminya demam. Bila ini terjadi, anda akan dapati payu dara anda nampak berkilat, sakit, tegang dan keras serta agak panas apabila dipegang. Payudara yang bengkak biasanya akan disertai rasa bisa dan sakit berdenyut.  Tidak dapat disangkal, sakit bengkak susu ini juga adalah antara punca kenapa ada ibu yang give up untuk menyusukan bayi kerana tidak tahan menanggung sakit.

Jika ini juga terjadi kepada anda, boleh cuba langkah dan tips berikut :

  1. Bermula dari hari ke 2 selepas bersalin, tuam payu dara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.Tapi biasanya kalau buat macam ni, sekejap saja tuala dah sejuk balik dan nak kena tukar air suam lagi. So what is the best way? Jika ada botol susu baby, isikan dengan air panas, balut dengan kain atau tuala dan tuamkan ke payu dara. Dengan ini air panas didalam botol akan tahan lama sikit dan anda tak payah nak tukar air atau celup tuala kedalam air suam selalu. Selain dari itu, baju anda juga tidak akan basah ;)
  2. Jika anda mempunyai tungku, boleh juga digunakan untuk tuam payu dara anda bagi mengelakkan bengkak susu. Oh ya, bercakap tentang tungku, mamamodern.com ada menawarkan tungku moden. Cuma perlu dicas dengan elektrik selama 5 minit, dan ia sedia untuk digunakan. Nak lihat macam mana rupa tungku moden tu? >> Klik Sini ye… << Nota : sebaiknya balut tungku dengan kain yang agak tebal sikit. Maklumlah payu dara adalah tempat yang sensitif. Nanti kalau panas sangat, rasa sakit pula.
  3. Urut payu dara anda dengan minyak panas atau minyak gamat. Tujuannya untuk memecahkan ketulan-ketulan susu yang tersumbat. Cara urutan ialah letakkan ibu jari dibahagian yang berketul, urut dengan cara putaran (tak kiralah, ikut arah jam atau lawan arah jam) sehingga anda merasa ketulan mulai lembut. Kemudian urut ke arah puting dan picit perlahan-lahan sehingga keluar susu. Cara ini mengambil masa sehari ke tiga hari juga kerana anda perlu menahan sakit dan urut berulang kali. Tapi sebenarnya ini adalah cara terbaik jika payu dara anda telah mula tersumbat.
  4. Mandi dengan air suam. Jika dirumah anda ada pemanas air, setiap kali mandi anda boleh siram payu dara dengan air suam. Ini untuk membantu melancarkan saluran susu yang tersumbat.
  5. Hubungi hospital bersalin dan doktor / nurse yang merawat anda. Jika tak tahan sangat sakit, anda boleh saja terus ke hospital untuk meminta mereka yang pakar membantu anda.
  6. Letak kobis…??? — Errr… maaf, tapi saya kurang setuju dengan cara ini. Sebab ia hanya sekadar mampu mengurangkan rasa sakit, tapi susu masih juga tersumbat. Jika diamalkan dengan kerap, ia boleh mengurangkan susu anda pula nanti.

Okey, itu saja untuk kali ini ;)

Yang pernah demam kerana bengkak susu

Kak Faz

Tips Mengurangkan Sakit Bengkak Susu Selepas Bersalin by

{ 13 comments… read them below or add one }

farah November 30, 2009 at 8:46 pm

macam mane nk mengatasi puting berdarah? :?:
:mrgreen:
T.Q. :wink:
muah.. :arrow: :cool: :oops:

Faz December 5, 2009 at 3:11 am

Macam mana sampai boleh berdarah ni ha….? :roll:

shaz March 2, 2010 at 2:51 pm

salam…..saya zura dari sungai buloh….saya ingin menanya kenapa selepas keguguran 3bulan pertama ini, saya mengalami pengeluaran susu dari payudara sedangkan saya tiada bayi untuk disusukan….pengeluaran susu tidakla terlalu banyak bile ditekan baru lelehan susu keluar kalau tak tekan tiadala susu yg keluar….adakah ini normal bagi ibu-ibu yang keguguran??? dan bagaimana cara untuk saya mencegah?? :?:

Faz March 5, 2010 at 11:55 am

Wslm Puan Zura,

Just biarkan saja… nanti dia hilang sendiri. Tak perlu dipicit.

Biasanya ada cecair jernih keluar bila dipicit bagi wanita yang hamil sebab badan sedang buat persediaan untuk penyusuan susu ibu lepas bayi dilahirkan

yana July 15, 2010 at 10:52 am

salam, kak faz.. situasi sy same mcm zura.. payudara jadi bengkak & sakit sgt sampai tak boleh tido.
jadi sy tuam dgn air panas n picit utk kurgkan sakit.. tak boleh ke?? boleh memudaratkan kalau sy picit jugak..?

thank u ;-)

fazidah July 22, 2010 at 10:32 am

Wslm Yana,

Tak de masalah kalau nak picit…

ida June 2, 2011 at 4:20 pm

puan saya nak tanya kenapa ada semacam ketulan di buah dada anak perempuan saya berumur 9bulan..adakah bahaya dan bagaimana nak ubatinya???

Tiara August 21, 2011 at 10:47 pm

Saya keguguran 5 bulan tapi susu yang keluar mak ai.. sehari sampai 3 kali picit. Agak-agaknya bila habis? Sebab saya dah letih sangat nak picit. :cry:

fazidah August 28, 2011 at 1:33 am

Tak yah picit puan, biarkan aje… nanti dia kering sendiri

mai November 5, 2011 at 5:25 pm

salam…umur anak kini 6 bln…n sy masih beri susu ibu…tp….sy masih mengalami bengkak susu…macam mana nak atasi yer….macam2 sy dah buat….bahagian yg sama iaitu kanan jer..jika siang sy berkerja….sy guna kan pam…tp masih juge bengkak ….

liza June 11, 2013 at 2:47 pm

Salam sis..sy kegugguran 5bulan..payudara sy bgkak sgt..smpai berdouble2 saiznye..sakit sgt..kalau picit,susu keluar..mcm mana cara nak kurgkn sakit ni..

fazidah June 11, 2013 at 6:54 pm

Waalaikummussalam Puan,
1. Cara sementara – letak kobis untuk kurangkan sakit
2. Sebaiknya cuba cek dengan doktor sakit puan ye.. Mungkin doktor boleh cadangkan ubat yang sesuai… :)

yna April 23, 2014 at 7:38 pm

Salam sis, saya sarina from semporna sabah. Saya baru saja bersalin anak kembar 4 hari yg lalu.. Pada hari pertama lg saya Da rasa sakit pd bahagian puting wlu pun payudara saya blm bengkak lagi, bertambah sakit lg bila tiap kali bayi saya menyusu sehinggalah hari ke4 nie sakit makin teruk bahagian puting merekah,berwarna merah n sedikit berdarah d tambah lagi kini payudara saya mula membengkak sehingga bahagian bawah ketiak saya.. Ada tak cara yg sis blh kongsi bgaimna mengatasi msalah saya?

Leave a Comment

Current day month ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: