Baby Walker – adakah ia perlu?

by fazidah on June 25, 2009

Assalamualaikum,

Sewaktu berjalan-jalan dipusat membeli belah baru-baru ni, mata saya tertumpu kepada sebaris baby walker (dalam bahasa melayu dipanggil apa ye… kerusi roda…?) yang dijual disitu.

Wah, cantik-cantik designnye. Tapi bila mengingatkan artikel yang pernah saya baca satu ketika dulu, tak jadi saya nak belek walker tu semua.

Dari artikel yang saya baca dulu tu, sebenarnya baby walker ni tak selamat untuk bayi kerana :

  1. Bayi yang diletakkan dalam walker lebih mudah untuk jatuh disebabkan oleh rodanya yang tidak boleh dikawal. Paling bahaya apabila walker ini diletakkan berhampiran dengan lantai yang bertingkat atau berhampiran dengan tangga. Bayangkan jika bayi anda jatuh dengan kepala dulu dari tangga bersama dengan walker tu. Isskkk….. tak sanggup nak dibayangkan.
  2. Kajian menunjukkan walker ini sebenarnya tak membantu pun untuk bayi berjalan dengan lebih cepat. Ye lah… dah duduk dalam walker, buat apa dia susah-susah nak berjalan lagi. Tolak je walker tu dengan kaki.
  3. Walker juga sebenarnya menghadkan pergerakan bayi untuk menyusur, merangkak dan berdiri tanpa bantuan.

Kesimpulannya, tak ada walker tu sebenarnya lagi bagus lah sebab boleh jimatkan duit dan ruang dalam rumah disamping menggalakkan bayi anda untuk cuba bergerak sendiri tanpa bantuan.

Kak Faz

Baby Walker - adakah ia perlu? by

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: