All posts by fazidah

4 Perkara Mak-Mak Patut Buat Bila Anak Demam

Jadi mak, benda paling biasa dan pasti dilalui semua mak adalah anak demam. Jadi bila berada dalm situasi ni, ada 4 perkara mak-mak patut buat bila anak demam.

1. Bagi anak makan paracetamol atau ibuprofen. Kuantiti ubat mestilah ikut sukatan berat dan umur baby. Cara paling mudah nak suap ubat adalah dengan syringe. Selain mudah nak suap ke mulut baby, kita boleh sukat ubat ikut sukatan yang betul.

2. Untuk baby umur 6 bulan ke atas boleh bagi dia minum banyak air. Tujuannya untuk elak dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.

3. Tampalkan tuala basah atau cool fever di dahi dan di bawah ketiak baby. Boleh juga letak di celah peha.

4. Pakaikan baju yang nipis. Paling baik baju baby jenis berlubang halus supaya badan tak terlalu panas.

Dan macam biasa, kalau ada mak-mak muda, atau yang baru jadi mak, atau dah lama jadi mak tapi baru dapat baby baru, rekomen bengkung moden kat dia orang. Apatah lagi kalau baru lepas bersalin pembedahan.

Bengkung ni boleh pakai seawal 6 jam lepas bersalin. Tak lah nanti terbongkok-bongkok badan menahan sakit tiap kali nak berjalan ke tandas.  Boleh whatsapp ke 0176747408 jika ada soalan.

Testmoni Dan Feedback Terbaru Pelanggan Bengkung Moden 2019

Assalamualaikum,

Saya nak kongsi testimoni terbaru dari pelanggan bengkung moden, Puan Zuriani.

Kisahnya Puan Zuriani hantar mesej di FB page Bengkung Moden, nak order bengkung untuk kawan dia. Tapi sambil bertanya harga, Puan Zuriani sempat bercerita pengalaman dia sepanjang pakai bengkung.

Puan Zuraini pakai bengkung moden lepas bersalin pembedahan anak ke 3. Dan puan ni terus pakai lepas habis pantang sampailah anaknya dah masuk darjah 1.

Berapa lama tu? 7 tahun puan ni dok ulang pakai bengkung yang sama. 7 tahun weih. Bukan 7 minggu atau 7 bulan.

Jadi kalau puan nak beli bengkung moden ni dan dok tertanya berapa lama boleh tahan kain bengkung moden ni? Boleh lah saya katakan 7 tahun. Dah ada bukti hidup iaitu Puan Zuraini.

Saya sertakan tangkap layar perbualan kami di FB page mesej untuk tatapan puan-puan.

Jika puan ada soalan lanjut, boleh whatsapp saya di 0176747408.

Fazidah

Adakah Asid Folik Harga Mahal Lebih Berkesan Berbanding Yang Murah?

KIta dah selalu didoktrinkan dengan barang berharga mahal mungkin lebih bagis, berkualiti berbanding yang murah. Ada masa ia ternyata betul hingga kita terjerumus untuk memilih dan mendahulukan yang mahal.

Apatah lagi jika melibatkan produk seperti vitamin dan supplemen. Ditambah pula dengan propaganda pengiklanan oleh syarikat pengeluar.

Tapi rupanya pegangan ini salah untuk asid folik. Perkara ini telah didedahka oleh Prof Imelda Balchin , seorang pakar sakit puan dari  Hospital Universiti Malaya di akaun Facebook beliau baru-baru ini.

Berikut kami kongsikan pendedahan Prof untuk anda teliti dan jadikan panduan, terutama buat para ibu yang sedang mengandung.

Kajian terbaru mengenai kelebihan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil.

Folic acid sebagai supplemen tambahan kepada makanan seimbang disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil dan pengambilan diteruskan selama tiga bulan pertama kehamilan.

Folic acid TIDAK membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil.

Folic acid yang mencukupi diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Kebanyakan wanita tidak boleh mendapat cukup folic acid dari pemakanan yang seimbang.

Tujuan pengambilan tambahan supplemen folic acid ialah untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan.

Tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil telah terbukti mengurangkan kecacatan neural tube defect ini sebanyak 70% kepada anak.

Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan supplemen folic acid, supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil.

Kemudian kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil membuktikan bahawa tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%.

Sekarang maklumat terbaru menunjukkan tambahan folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat folic acid melalui gandum yang telah diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan folic acid.

Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang yang mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan folic acid. Kajian di Malaysia menunjukkan 85 dalam 100 wanita tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.

Maka wanita Malaysia hendaklah mengambil lebih tanggungjawab diri sendiri untuk membeli supplemen folic acid jika anda tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika anda sedang berusaha menjadi hamil. Dos yang anda perlukan hanyalah sekurang-kurangnya 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan supplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada tiga bulan pertama (12 minggu) kehamilan.

Anda boleh beli supplemen folic acid sendiri di farmasi, tak payah tunggu doktor bagi di klinik, sebab temujanji klinik mengandung selepas 12 minggu sudah terlambat.

Folic acid ialah satu jenis supplemen, ini bukanlah ubat. Brand tidak penting, tak payah beli yang mahal.

Prof Dr Imelda Balchin
Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology
Subspecialist Maternal & Fetal Medicine
University Malaya

Bahaya Susu Kambing Tidak DiPasteur Kepada Ibu Mengandung

Ini adalah penulisan Dr Hamirul Hamudin yang berkongsi tentang bahaya susu kambing yang tidak dipasteur serta kesannya kepada ibu mengadung.

Beberapa minggu sebelum ini, saya ada menjaga seorang pesakit wanita yang agak educated dan bekerja sebagai instrument engineer di ibu negara. Masalahnya pada awal seakan simple. Datang ke hospital kerana demam.

Tapi demam dia bukan demam biasa. Pyrexia of Unknown Origin (PUO) dan specialist sendiri berkata sewaktu round pagi, “this case literally give me a headache.” Sebelumnya dia sudah masuk ke Hospital Swasta di Shah Alam dan diberi pelbagai jenis antibiotic yang hebat hebat, tetapi semuanya masih tidak mampu membendung pesakit daripada mempunyai demam.

Akhirnya pesakit AOR discharge kerana suami bekerja di JB dan mahu ke sini. Di JB, demam semakin teruk dan dimasukkan ke wad. Blood culture and sensitivity (untuk menumbuhkan kuman) diambil sebanyak 3 set, daripada tempat berlainan selain pelbagai jenis virus dan siasatan lain dijalankan. Tetapi, semuanya negative.

Tahu apa yang lebih membimbangkan?

Wanita ini sedang mengandung anak pertama dan kandungannya sudah 30 minggu. Lalu dirujuk juga kepada pakar O&G. High vaginal swab (juga untuk melihat kuman daripada kemaluan) diambil. Scan baby dibuat segera. Kandungan masih selamat dan sihat.

Akhirnya setelah seminggu, sample darah menunjukkan terdapat kuman Brucella dan sample akan dihantar ke Institute of Medical Research (IMR), KL untuk ujian pengesahan.

Brucellosis atau Goat fever

Apa itu Brucella? Bagaimana boleh mendapat Brucella? Bahaya atau tidak mempunyainya semasa mengandung? Apa rawatannya?

Brucella ini merupakan sejenis kuman yang boleh menjangkiti kambing (terutamanya) atau binatang ternakan lain. Ianya sangat mudah dijangkiti (highly contagious) dan berbahaya apatah lagi jika anda mengandung!

Pesakit ini, apabila ditanya lanjut rupa-rupanya dia ada minum susu kambing yand tidak dipasteurised dalam 2-3 bulan kebelakangan. Dan dalam sebulan sahaja habis minum 10 botol. Beli melalui instagram dan menurutnya juga, laman instagram yang menjual agak popular dan ada ramai pengikut.

Rawatannya ialah antibiotik yang kebanyakkannya tidak sesuai untuk ibu mengandung (ada juga antibiotik kelas C dan D yang boleh diambil ibu mengandung bergantung kepada penilaian pakar, dalam erti kata kebaikkan melebihi keburukkan) dan perlu diambil pula sekurang-kurangnya selama enam minggu.

Tetapi jika tidak diambil, apa pula bahaya Brucellosis kepada ibu dan kandungan? Ya, paling bahaya ialah kematian disebabkan jangkitan kuman ke jantung, sedangkan untuk bayi pula boleh menyebabkan keguguran, kematian bayi dalam rahim dan terencatnya tumbesaran bayi.

Jadi, adakah bagus untuk mengambil susu yang tidak dipasteur terlebih dahulu semasa mengandung? Saya pernah mengambil food science semasa di medical school dahulu sebagai subjek elektif. Memang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk susu yang dipasteur dan tidak.

Tetapi adakah saya akan memberinya kepada isteri saya jika dia sedang mengandung? Sudah tentu tidak. Kepada bayi saya jika masih kecil?

Lagilah tidak.

Buatlah pilihan bijak untuk orang yang ada sayang. Jauhi sebarang kemungkinan merbahaya. Lebih baik mencegah berbanding merawat.