Wanita Hamil Berisiko Tinggi Dijangkiti H1N1 / Selsema babi
Assalamualaikum,
Wabak H1N1 atau dikenali selsema babi kini semakin menular di negara kita. Ia sebenarnya adalah sesuatu yang membimbangkan kerana setiap hari ada saja kes jangkitan baru dan kematian dilapurkan.
Pagi ini sewaktu mendengar berita di radio saya tertarik dengan berita yang dilapurkan iaitu keadaan cuaca berjerebu di beberapa kawasan di negara ini boleh menyebabkan tahap penularan dan jangkitan H1N1 meningkat.
Pada hari selasa yang lalu pula sewaktu membaca akhbar Utusan Malaysia, saya terbaca satu artikel yang disiarkan. Menurut artikel tu, di UK sahaja jumlah wanita hamil yang dijangkiti H1N1 adalah 4 kali ganda lebih tinggi berbanding kes biasa hingga menyebabkan ada seorang pesakit mereka yang sedang hamil terpaksa di hantar ke hospital di Sweden untuk menerima rawatan yang lebih baik kerana hospital di UK sudah penuh.
Antara sebab kenapa H1N1 ini lebih mudah dijangkiti oleh mereka yang sedang mengandung adalah kerana sistem imuniti tubuh yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak hamil. Tujuannya adalah bagi mengelak tubuh dari menolak bayi yang berada didalam kandungan.
Disebabkan itu, penyelidik berpendapat wanita hamil perlu diberikan suntikan vaksin pencegahan selsema babi kerana mereka berisiko untuk mengalami komplikasi yang serius.
Bagi mengelak dari dijangkiti, antara saranan yang biasa diberikan ialah sebaiknya ibu-ibu yang sedang hamil cuba jauhkan diri dari tempat yang ramai orang seperti di kompleks membeli belah (maksudnya shopping online lah selamat.. he..he..).
Tiba-tiba terfikir, macam mana lah nasib mereka (wanita hamil) yang terpaksa gunakan kemudahan awam seperti komuter, LRT dan bas yang memang sentiasa sesak tu. Tak kan hari-hari nak ambik cuti dan mc?
Okey, saya kena pergi dulu. Esok kita sambung lagi pasal H1N1 ni dari segi penyusuan susu ibu pulak ye.
Wasalam
Kak faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
















