Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Wabak selsema babi – menakutkan!

Salam ceria :)

Seperti yang diketahui umum, satu dunia kini berdepan dengan wabak penyakit baru – selsema babi atau dikenali juga sebagai Swine Flu. Saya pasti anda juga telah membaca berita dan info berkaitan dengan selsema babi ini sama ada dimedia atau di internet. Secara ringkasnya selsema babi berasal dari virus H1N1 yang bermutasi hasil gabungan dari genetik babi, manusia dan burung.

Disana sini orang ramai bercerita tentang wabak ini kerana cara penyebarannya yang sangat mudah iaitu melalui udara. Berada dalam situasi begini sememangnya menyukarkan. Mana taknya, nak pergi kerja takut, nak bagi anak-anak main kat taman pun rasa macam tak selamat (sedangkan hakikatnya aktiviti fizikal bagus untuk anak-anak), apatah lagi nak keluar berjalan-jalan dan membeli belah di shopping kompleks. Anak-anak ke sekolah…???

Di Mexico sendiri (dimana wabak selsema babi ini mula dikesan) orang ramai dinasihatkan agar menjauhi hospital kerana disana adalah pusat penyeberannya. Hu..hu.. tak dapat saya bayangkan jika kita di Malaysia berada dalam situasi sebegini. Bayangkan jika di waktu ini tarikh due bersalin anda dah dekat, kemanalah nak dituju kalau rasa sakit perut tu datang? Nak dok kat rumah ke atau nak ke hospital untuk dapatkan bantuan? Satu pilihan yang sungguh susah.

Apa-apa pun, harapan saya (dan saya pasti harapan kita semua…) wabak selsema babi ini tidak akan sampai ke Malaysia (walaupun kemungkinan untuk ia sampai adalah sangat tinggi), dan jika ada pun biarlah ianya dalam keadaan terkawal.

Firman Allah :
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

(Surah Al-Nahl Ayat 115)

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif