Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Susu rendah lemak – sesuaikah untuk kanak-kanak?

Assalamualaikum :)

Beberapa hari ni saya agak kurang menulis di blog ini. Selsema dan batuk saya masih belum berkurangan. Jadi macam biasalah… saya tidur dan minum air banyak-banyak. Sambil tu saya makan epal hijau dan buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C.

Okey, untuk hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang pernah saya baca dulu (tapi saya lupa kat mana…) tentang sama ada sesuai atau tidak untuk memberikan susu rendah lemak kepada kanak-kanak?

Biasanya, bagi mereka yang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu akan mula mengajar anak untuk minum susu formula apabila usia anak mula menghampiri umur 2 tahun. Bagi saya sendiri sebenarnya saya mula ajar anak minum susu segar sejak dari umurnya setahun 2 bulan. Lagipun susu segar atau fresh milk ni nampak sedap je terutama yang berperisa buah-buahan. Tapi fresh milk ni saya bagi sesekali saja terutama bila dia tengok abang dan kakaknya minum. Kalau tak dibagi nanti, menjerit pulak anak saya tu…

Okey berbalik kepada topik kita hari ini, mengikut garis panduan terbaru dari American Pediatric Academy (AAP) – bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang obesiti, tinggi kolesterol, ada masalah kardiovaskular atau jika anak berat anak anda tergolong dalam golongan obesiti, maka lebih baik jika anak tersebut diberikan susu rendah lemak dan ia boleh dimulakan seawal usia anak dari 1 ke 2 tahun.

Tapi ingat ye, panduan diatas hanya jika anda atau ahli keluarga ada masalah obesiti. Jika sebaliknya, anda boleh berikan anak anda susu penuh krim seperti biasa. Almaklumlah, anak-anak zaman sekarang ni banyak ragamnya. Ada yang tak suka makan banyak dan lebih suka minum susu. Jadi untuk anak yang cerewet soal makan, lebih baik anda kekalkan dengan susu penuh krim dahulu dan tukar perlahan-lahan kepada susu rendah lemak sering dengan pertambahan usia anak.

Bukan itu saja… gaya hidup masa kini yang mana anak-anak lebih berminat kepada playstation dan computer game berbanding aktiviti diluar rumah serta trend makanan segera yang tinggi kolesterol dan kalori juga menyebabkan ibu-bapa perlu bertukar kepada susu rendah lemak sebaik saja anak mula bercerai susu ibu.

Untuk rujukan lanjut, anda boleh refer di link ini >> low fat milk vs whole milk <<

Kak Faz

p/s : gambar diatas tak membawa apa-apa maksud. Cuma dok terpikir, tak takut kena penyepak ke minah ni… hu..hu..

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif