Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Bolehkah lelaki menyusukan anak dengan susu badan?

Assalamualaikum dan salam ceria :)

Saya nak tanya anda, agak-agak boleh ke tak ye lelaki breastfeed atau menyusukan anak dengan susu badan?

Kalau ikut logik akal, memang macam tak boleh. Tapi semalam tiba-tiba saya teringat satu artikel yang saya pernah baca beberapa tahun lepas tentang seorang lelaki di Sri Lanka yang berjaya menyusukan bayinya selepas kematian isteri. Lepas godek-godek, saya terjumpa balik artikel tu.

Saya kongsikan disini untuk tatapan anda juga. Ini adalah sesuatu yang sukar dipercayai.. tapi ia telah pun berlaku!

Berita tentang lelaki ini telah disiarkan pada 30 October 2002 oleh akhbar The Mercury. Akhbar itu melaporkan seorang lelaki berumur 38 tahun yang telah kematian isteri sejak 3 bulan yang lalu telah disahkan oleh doktor mampu untuk menyusukan anaknya dengan susu badan (tak boleh cakap susu IBU dalam kes macam ni….).

“Anak saya tak mahu minum susu formula yang diberikan kepadanya. Di satu petang, saya tergerak untuk cuba memberikan puting buah dada saya kepada bayi saya bagi menghentikannya dari terus menangis. Sejak itu saya menyedari yang saya mampu menyusukannya dengan susu badan.

Dr Kamal Jayasinghe, Timbalan Pengarah dari sebuah hospital kerajaan di Sri Lanka mengesahkan yang lelaki juga boleh menyusukan anak asal saja hormon prolaktine (iaitu hormon bagi menghasilkan susu) diaktifkan.

Bukan itu saja… ikuti video dibawah :)

Breastfeeding man

Apa komen anda?

Kak Faz

p/s : Jangan lupa untuk kunjungi mamamodern.com. Megasale dengan diskaun sehingga 15% dilanjutkan atas permintaan ramai :)

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

One Response to “Bolehkah lelaki menyusukan anak dengan susu badan?”


  1. [...] This morning I got an email from Kak Faz [...]

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif