Ikat sukarkan kehamilan
Hi,
Hari ini saya ingin berkongsi artikel yang dipetik dari Majalah Pa & Ma keluaran April 2007 – Bahagian Tanya Pakar yang dikendalikan oleh Dr Norintan (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Swasta, Seremban)
S : Saya ibu kepada 2 orang anak. Kedua-duanya dilahirkan secara caeserean. Mereka berdua juga menyusu badan. Saya ingin tahu apakah saya boleh “mengikat” peranakan agar tidak mengandung untuk beberapa tahun. Apakah ada cara lain selain daripadanya. (Siti Norasidah Solehudin – Muar, Johor)
J : Untuk pengetahuan puan, tekinik mengikat tiub peranakan atau lebih dikenali dengan nama bilateral tubal ligation adalah teknik yang kekal. Sekiranya puan menggunakan teknik ini, secara amnya puan tidak boleh mengandung.
Oleh yang demikian, jika puan inginkan kaedah perancanga keluarga untuk beberapa tahunsahaja, saranan saya janganlah memilih untuk mengikat peranakan. Dalam pada itu, teknik-teknik lain yang boleh dipilih adalah seperti Implanon (ia dimasukkan dibawah kulit lengan untuk tempoh selama 5 tahun) ataupun penggunaan alat dalam rahim atau nama lainnya ialah IUCD yang dimasukkan kedalam rahim untuk perancangan keluarga selama 3 tahun atau 5 tahun.
Penggunaankaedah-kaedah perancangan keluarga ini boleh dilakukan bersama doktor atau jururawat klinik lembaga perancangan keluarga yang berhampiran misalnya. Namunbegitu, adalah penting untuk puan menjalani pemeriksaan dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum memilih cara yang paling sesuai. Langkah ini penting agar puan tahu kebaikan, keburukan dan kesan sampingan yang mungkin timbul akibat penggunaannnya.
Okay, itu saja untuk kali ini
Kak Faz
No related posts.
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.















bercakap pasal ikat kehamilan ni…. saya nak bagi tau sedikit mengenai saya… anak pertama saya caeserean dan juga yg kedua… semasa dalam bilik operation anak kedua… dc tu kata siapala dc yang buat caeserean saya yang pertama ni dia terus kata teruk… agaknya cara jahitannya tak kemas kot…. dalam pada tu… dia terus kata ….. puan…. lepas ni anak ketiga puan kena ikat yer…. gitu ler citernya..