Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Bila lah Influenza A H1N1 ni nak pergi?

Assalamualaikum,

Saban hari kita dengar dalam berita seorang demi seorang korban terbaru mangsa H1N1. Ahh…. tensen pulak saya rasanya. Mana tak tensen kalau nak pergi kedai pun dah rasa takut.

Kalau virus tu sebesar ayam atau paling tidak pun sebesar nyamuk yang kita boleh nampak, boleh lah ditepis-tepis atau dikibas-kibas supaya tak hinggap kat badan sendiri. Masalahnya tak boleh nampak. Dan yang lebih bahaya lagi, mereka yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang sekeliling sejak dari hari pertama dijangkiti walaupun pada masa tu mangsa tidak menunjukkan tanda-tanda sudah terkena jangkitan.

Yang pasti, bulan Ramadhan tahun ini adalah mencabar. Nak pergi pasar Ramadhan ke…??? Hmmm… 10 kali fikir pun tak habis lagi rasanya. Sudahnya jawapan tetap sama gak, dok kat rumah je lah.

Jalan-jalan di hari raya nanti…? Hu..hu… yang tu pun lagilah tak berani nak jawab.

Yang mampu dilakukan kini oleh kebanyakan dari kita adalah berdoa agar keluarga kita dilindungi Allah, dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan. Basuh tangan hingga bersih, elakkan tempat yang ramai orang (sampaikan kenduri kawin kawan lama pun saya tak pergi…:( ), cuba elakkan dari naik kenderaan awam, pakai penutup mulut dan hidung dan juga elakkan dari menyentuh mata, hidung dan mulut sebelum tangan dibasuh.

Kesiannya kat anak-anak kita kan…? Tak boleh lepas bebas bermain diluar rumah macam zaman kita kecik-kecik dulu. Ini baru masa mereka kecik lagi. Lagi 10 tahun…? 20 tahun…? Tak tahulah apa lagi cabaran yang perlu mereka tempuh.

Yang cemas dan rimas

Kak Faz

No related posts.

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_wink.gif icon_neutral.gif icon_mad.gif icon_twisted.gif icon_smile.gif icon_eek.gif icon_sad.gif icon_rolleyes.gif icon_razz.gif icon_redface.gif icon_surprised.gif icon_mrgreen.gif icon_lol.gif icon_idea.gif icon_biggrin.gif icon_evil.gif icon_cry.gif icon_cool.gif icon_arrow.gif icon_confused.gif icon_question.gif icon_exclaim.gif