Air longan dan pucuk manis untuk banyakkan susu ibu

by fazidah on April 19, 2009

Salam ceria,

Semalam saya berkunjung kerumah rakan saya yang mengadakan majlis cukur jambul anak pertamanya yang baru berumur 2 bulan.

Sewaktu berbual-bual sambil makan, sahabat saya ini merungut kerana susunya yang semakin kurang dan meminta agar saya memberikan tips untuk membanyakkan susu badannya kembali.

He.. he… jawapan standard saya – elakkan dari bagi baby minum susu formula. Lagipun pengeluaran susu sangat bergantung kepada demand (permintaan). Jika breastfeed baby setiap kali dia lapar, insya allah pengeluaran susu takkan terjejas. Tapi jika dicampur dengan formula, pasti pengeluaran susu akan berkurangan kerana permintaan dan pengeluaran susu telah terganggu. Tapi kesian pula saya bila tengok muka kawan saya tu. Jadi hari ini saya ingin kongsikan dengan anda juga beberapa tips untuk membanyakkan susu ibu :

1. Minum air longan

Air longan ini boleh dimasak sendiri atau dibeli dikedai. Bagi anda yang nak masak sendiri air longan ni, caranya mudah saja.

Bahan-bahan :

  • 20 biji longan kering (boleh dibeli di pasar raya atau dikedai ubat china)
  • Air (anggaran dalam 1 liter)
  • Gula pasir atau gula batu (saya lebih suka gunakan gula batu)
  • Sehelai daun pandan (optional – untuk wangikan bau air)

Cara-cara memasak :

  • Basuh longan hingga bersih
  • Kemudian rebus bersama air dan gula hingga menggelegak dan longan kembang.
  • Jika terasa tawar, boleh ditambah gula mengikut rasa manis yang diingini. Tapi kalau terlebih manis, sila lah tambah air.
  • Air longan boleh diminum panas atau sejuk. Anda juga boleh perahkan jus lemon sebagai pilihan jika inginkan sedikit kelaina¬† pada rasanya. Dan buah longan pula boleh dimakan begitu saja.

2. Satu lagi tips yang saya berikan pada rakan saya ini ialah makan pucuk manis. Biasanya pucuk manis ni dimasak lemak. Kalau nak lagi power, masukkan sesudu halba kedalam sayur lemak pucuk manis anda. Insya allah, mesti pengeluaran susu bertambah lepas tu.

Jadi jika anda juga sedang menghadapi masalah pengeluaran susu, anda boleh cuba tips diatas. Dari pengalaman saya sendiri, jumlah susu yang dipam bertambah setiap kali selepas minum air longan.

Good luck!

Kak Faz

Air longan dan pucuk manis untuk banyakkan susu ibu by

{ 1 comment… read it below or add one }

Leave a Comment

Current ye@r *

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: