9 Sebab Lain Kenapa Anda ‘Missed Period’ Selain Hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Untuk mengatasi masalah haid tak teratur, kita kena kenalpasti punca kenapa haid kita lewat.

Terdapat banyak punca lewat haid yang boleh dikenalpasti. Ini kerana, haid yang normal menunjukkan tahap kesuburan anda berada di tahap yang baik.

Jika anda telah membuat ujian kehamilan dan mendapati ianya negatif, anda boleh cuba lagi dalam masa seminggu.

Namun jika masalah ini berlarutan, pergilah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan kepastian.

Tapi sebelum tu cuba semak jika anda ada sebab-sebab di bawah.

1. Perubahan berat badan mendadak
Penambahan berat badan secara mendadak juga boleh menyebabkan hormon anda mengalami perubahan.

Oleh itu kena pastikan anda mengubah corak pemakanan anda secara perlahan-lahan jangan terlalu drastik ye.

2. Stress
Stress juga boleh menjadi punca kenapa period kita lewat. Stress ini boleh menyebabkan hormon GnRH kurang dihasilkan oleh badan.

Keadaan ini akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.

3. Sakit
Masalah kesihatan juga boleh menganggu sistem menstruasi anda. Contohnya seperti demam, selsema dan lain-lain.

Jika ia berlarutan cepat-cepatlah dapatkan nasihat doktor.

4. Perubahan rutin harian
Perubahan syif atau berpindah ke tempat baru juga boleh menganggu proses dalam tubuh badan anda.

5. Pertambahan aktiviti fizikal
Pertambahan aktiviti fizikal juga boleh menganggu proses menstruasi anda.

Biasanya badan akan mengambil masa beberapa bulan sebelum dapat menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

6. Pra-menopause
Jika anda mengalami masalah ini, period anda mungkin akan menjadi kurang dari segi jumlahnya atau tempoh pengeluaran haid tersebut.

7. Pengambilan perancang kehamilan
Perancang kehamilan seperti suntikan depo, implan dan pil perancang juga mampu menjejaskan haid anda.

Ada yang menyebabkan haid anda lewat, sedikit atau langsung tak datang.

Pengambilan ubat-ubatan atau supplement lain juga kadangkala akan memberi kesan terhadap haid anda.

8. Penyusuan badan secara ekslusif
Ibu yang sedang menyusukan anak biasanya akan mengalami tempoh tidak subur.

Ini kerana penyusuan badan akan mengeluarkan hormon yang dapat mempengaruhi haid normal anda.

Ada yang tidak datang haid sehingga 2 tahun lamanya, iaitu sehinggalah anak anda bercerai susu.

9. Perjalanan jauh
Perubahan zon waktu, musim, persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca anda lewat haid.

Jumpa di artikel yang seterusnya.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *