8 Cara Atasi Ketidakselesaan Di Akhir Kehamilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Biasanya di hujung kehamilan. ibu-ibu hamil akan  mungkin  mengalami ketidakselesaan. Terus bertenang  agar proses kelahiran yang bakal dilalui berjalan dengan lancar.

Ada 8 cara untuk atasi ketidakselesaan di akhir kehamilan.

1. Tambah pengetahuan

Dengan adanya serba sedikit pengetahuan tentang apa yang sedang berlaku, anda tentu sahaja dapat melaluinya dengan keadaan  tenang.

2. Banyakkan berjalan

Amalan ini baik untuk anda yang bakal melalui proses kelahiran tidak lama lagi. Dan jika anda nak tahu, graviti sewaktu anda dalam keadaan berdiri akan melancarkan proses bayi dalam kandungan masuk ke dalam saluran peranakan.

3. Duduk mencangkung

Sama seperti berjalan, anda digalakkan untuk kerap mencangkung. Lakukannya dengan berada pada posisi berdiri tegak dahulu, kemudian baru berubah ke posisi mencangkung. Perubahan posisi ini akan dapat mengalakkan bayi dalam kandungan masuk peranakan dengan elok.

4. Teknik pernafasan

Pelajari teknik pernafasan sejak dari awal. Anda boleh pelajari teknik ini di dalam kelas atenatal. Teknik pernafasan yang betul dapat membantu anda mengalihkan perhatian daripada rasa tidak selesa yang dialami.

5. Hubungan Intim

Hubungan bersama suami di akhir kehamilan akan membantu diri untuk mempercepatkan proses kelahiran. Hubungan yang berlaku akan merangsang prostaglandin yang terkandung dalam air mani suami akan mencetuskan kontraksi.

6. Rangsang puting payudara

Okitosin merupakan hormon yang bertanggungjawab dalam mencetuskan kontraksi. Ada pendapat yang menyatakan amalan memicit puting payudara dapat membantu untuk menrangsang kontraksi.

7. Bercakap dengan bayi

Kajian membuktikan bahwa amalan bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan sangat baik, anda boleh pujuk bayi anda perlahan-lahan untuk bersalin pada waktunya.

8. Rujuk doktor pakar

Dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman iaitu doktor pakar.

Saya harap perkongsian kali ini akan bermanfaat untuk puan-puan yang bakal bersalin.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.