7 Tips Kekal Cergas Ketika Hamil

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sepanjang proses kehamilan tubuh anda akan bekerja keras untuk
membekalkan keperluan janin yang sedang anda kandungkan. Jadi jangan biarkan keletihan anda berterusan kerana ia boleh menjadi lebih serius dan menganggu emosi anda.

Cuba 7 tips ini untuk kekal cergas ketika hamil

1. Banyakkan aktiviti fizikal
Walaupun badan anda terasa ‘berat’ inilah masanya anda perlu lebih banyak bergerak. namun tidak perlulah lakukkan aktiviti yang yang berat dan sukar, cukuplah sekadar melakukan aktiviti santai seperti berjalan di taman.

2. Banyakkan minum air kosong
Tidak kira anda hamil atau tidak, letih,lesu dan mengantuk juga boleh berpunca daripada kurang air dalam badan. Pastikan tubuh anda mendapat air secukupnya.

3. Makan sedikit tapi kerap
Makan sedikit tapi menyihatkan sebenarnya memberi lebih banyak tenaga berbanding makan dalam kuantiti yang banyak. Isi tenaga anda dengan kudapan yang segar dan berkhasiat tinggi seperti kurma, badan serta buah-buahan.

4. Bersarapan
Pastikan anda mengambil sarapan untuk memastikan anda lebih bertenaga. Ambil lah sarapan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran, kekacang. Pengambilan vitamin C juga boleh membantu proses penyerapan zat besi tersebut.

5.Hirup udara segar
Hiruplah udara pagi sedalam-dalamnya, biasanya udara pagi mengandungi oksigen yang banyak. Ia dapat membantu untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda.

6.Mandi dengan kerap
Disebabkan cuaca yang panas, kita mudah merasa tidak selesa sebab
berpeluh, Jadi mandilah untuk meredakan tekanan malah ia juga dapat merehatkan otot-otot yang penat bekerja sepanjang hari.

Anda boleh juga titiskan aroma yang menyegarkan sebagai terapi untuk tidur lebih lena di malam hari.

7. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti
Ada juga ibu-ibu hamil yang sukar untuk tidur nyenyak dan keadaan ini menjadi punca anda cepat letih di siang hari.

Cuba beberapa posisi tidur yang sesuai untuk mendapatkan tidur yang lena seperti letakkan beberapa biji bantal yang empuk supaya ia boleh menampung bahagian belakang anda sewaktu tidur dalam posisi mengiring atau anda boleh juga dapatkan bantal kehamilan.

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang hamil di luar sana. Ye lah..mengandung, mengandung juga tapi janganlah ia dijadikan alasan nak baring dan tidur sepanjang masa. pastikan diri anda kekal cergas.

Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *