6 Petua Menarik Hentikan Anak Hisap Jari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Anda perasan tak baby yang baru lahir seringkali menghisap jari mereka, ada yang hisap ibu jari, jari telunjuk dan lain-lain lagi.

Menariknya, tabiat menghisap jadi ni bukan sahaja bermula dari selepas kelahiran kadang-kadang ada yang dah mula hisap jari sejak dari kandungan lagi…hehehe.

Sebagai ibubapa pasti timbul persoalan tentang tabiat mereka ni kan..

Jom kita tengok dulu kenapa baby ni suka hisap jari?

1. Tindakan refleks menghisap (sucking reflex) bayi.

Tindakan ini terjadi hasil dari keseronokan mereka menghisap puting jadi baby akan cari alternatif lain bila mereka tak menyusu dan yang paling mudah adalah hisap jari..hehe

2. Menghisap jari menenangkan.
Tabiat ini membuatkan bayi dan kanak-kanak ini berasa selamat. Sebagai contoh, apabila ibu bapa meninggalkan mereka sebentar. Jadi, jangan risau sekiranya bayi terus menghisap jari walaupun anda baru sahaja memberikannya susu.

3. Jari sentiasa ada di tangan.
Pada mulanya, bayi hanya mencuba-cuba merasai jarinya. Kemudian, setelah dia merasa selesa dan seronok, ianya mula bertukar menjadi tabiat.

hisap ibu jari

Jadi bila dah tahu sebab-sebabnye jom kita tengok pula apa kesan buruk dari tabiat mereka ni:

i) Gigi Tertolak Keluar – Bagi 1-2 tahun pertama, jangan terlalu risau berkenaan gigi anak anda. Biasanya tabiat ini akan mula menghilang menjelang anak anda berumur 3-4 tahun.

Tetapi, sekiranya pada umur 3 atau 4 tahun, bayi anda tiada tanda-tanda untuk tabiat ini hilang, anda sudah boleh memulakan langkah bagi menghalang tabiat ini.

Disebabkan tabiat menghisap jari itu sendiri yang menolak bahagian atas gigi, menghisap jari boleh mengakibatkan gigi jongang (buck teeth). Ianya juga boleh mengakibatkan pelbagai masalah gigi yang lain.

ii) Merosakkan Jari – Tabiat menghisap ini juga akan memberi kesan pada kulit jari yang dihisap. Terlalu lama terperangkap dengan air liur dan tekanan dari gigi, membolehkan jari terkena jangkitan. Lebih teruk, jari akan luka dan berdarah memudahkan infeksi (kemasukan bakteria dan kuman ke dalam badan).

Banyak juga kesan yang buruk pada anak kita kan. Bukan tidak boleh tetapi untuk mengekalkan kebersihan untuk anak kita juga. Lebih baik mencegah dari mengubati.

kesan anak hisap jari

Jadi saya nak share 6  petua yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. InsyaAllah.

1. Balut ibu jari anak anda.
2. Sapukan bahan yang rasanya tidak disukai oleh kanak-kanak seperti kuinin atau lada sulah pada ibu jari.
3. Beri pujian, ganjaran dan perhatian apabila anak anda tidak menghisap ibu jari.
4. Pastikan anak anda sibuk dengan aktiviti seperti menyanyi dan bermain muzik supaya lupa untuk menghisap jari.
5. Libatkan anak anda dengan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Contohnya, alat permainan.
6. Dapatkan khidmat nasihat pakar sekiranya tabiat ini berterusan sehingga gigi kacip kekal tumbuh (berumur 7-8 tahun).

Okay, sampai sini dulu artikel ni ye..nanti saya akan share tips yang lain lagi.

Wasalam.

470-x-60-bengkung