6 Petua Mudah Lebatkan Rambut Bayi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kebanyakan bayi dilahirkan dengan rambut yang lebat namun lazimnya selepas bercukur jambul, rambut yang tumbuh tidak sebanyak rambut semasa lahir.

Bagi ibu bapa yang mengalami masalah rambut bayi kurang lebat atau jarang, bolehlah cuba petua tradisional dibawah.

  1. Ambil sedikit pucuk manis dan campurkan dengan santan pekat. Ramaskan kedua-duanya kemudian sapukan pada kepala bayi. lakukan 2 atau 3 kali seminggu jika masih belum ada perubahan.
  2. Selepas mandikan bnayi, biarkan rambutnya kering dan kemudian sapukan minyak kelapa dara pada kepala bayi dua hari sekali. Amalan ini bukan sahaja dapat melebatkan rambut tetapi juga memudahkan kerak kepala tertanggal dan menghitamkan warna rambut bayi anda.
  3. Bakar beberapa ulas bawang putih, biarkan sejuk seketika sebelum mengeluarkan minyak bawang. Kemudian, barulah disapu pada kulit kepala bayi.
  4. Goreng buah keras tanpa minyak sehingga minyaknya keluar sendiri. Kemudian tumbuk buah keras dan sapukan pada rambut bayi. Biarkan beberapa saat supaya minyak buah keras meresap ke dalam kulit kepala bayi. Kemudian bilas rambut anak dengan air bersih. Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
  5. Madu kaya akan kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat kepada badan. Anda boleh memberikan madu kepada anak-anak sebagai salah satu menjaga sistem kekebalan badannya. Selain itu, madu juga dapat digunakan untuk menebalkan serta menghitamkan rambut pada anak-anak.Caranya sapukan madu pada rambut dan kulit kepala anak dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas rambut anak dengan syampu dan air bersih supaya hilang lekit madu.
  6. Lidah buaya sememangnya tidak asing digunakan untuk merawat rambut supaya lebih lebat dan hitam berkilau. Gunakan gel lidah buaya pada rambut dan kulit kepala anak. Sapukan setiap hari di rambut anak anda, kemudian bilas dengan air dan syampu. Cara ini cukup efektif untuk menyuburkan dan menghitamkan rambut anak.

Semoga petua berikut membantu untuk melebatkan rambut si comel anda.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.