5 Tips Melatih Anak Untuk Buat Kerja Rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Melatih anak membuat kerja rumah bukan mudah. Mesti puan-puan pening macam mana nak minta dorang tolong buat kerja rumah kan.

Jadi hari ini saya nak share puan-puan macam mana nak bagi mereka arahan untuk bantu anda buat kerja rumah.

Ada 5 tips iaitu:

1. Anak-anak perlu jelas dengan arahan yang diberikan.

2. Tidak bersikap tolak ansur dengan anak-anak ketika memberi arahan. Contohnya jika mereka memberikan alasan untuk menangguhkan kerja tersebut dengan menonton televisyen, segeralah tutup televisyen tersebut. Hal ini supaya mereka tahu yang kita memang tegas dalam memberi arahan.

3. Perlu pemantauan dari kita. Contohnya jika kita minta mereka jemur baju, anda kena pastikan yang mereka lakukan kerja tersebut tanpa lewa. Jangan biarkan mereka tanpa pemantauan.

4. Berikan sticker, pelukan dan kata-kata penghargaan setiap kali anak-anak berjaya melaksanakan tugasannya. Sekali sekala bawa anak- anak berjalan-jalan sebagai ganjaran atas usahanya. Sesibuk mana pun anda, masa bersama anak dengan didikan agar anak mampu menguruskan diri dan membuat kerja rumah perlu diberi perhatian.

5. Tugasan ikut tahap, anak-anak yang tidak dibiasakan dengan tugasan akan berasa tercabar atau terbeban dengan tugasan kerja rumah yang disediakan untuk mereka. Justeru, mulakan dengan tugasan yang mudah dan boleh dilakukan dan tambahkan setelah mereka mahir.

Saya harap perkongsian kali ini akan bermanfaat untuk puan-puan.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *