5 Punca Sakit Belakang Dan Pinggang Selepas Bersalin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gejala sakit belakang dan sakit pinggang memang sering dilalui oleh ibu hamil.

Kebanyakkan simptom-simptom tersebut akan berkurangan dan menghilang sebaik sahaja bersalin. Tetapi ada juga yang masih mengalami sakit belakang ini walaupun sudah bersalin.

Antara punca-punca yang menyebabkan para ibu mengeluh kerana sakit belakang dan pinggang ialah:

1. Berat badan berlebihan semasa hamil

2. Postur tubuh semasa duduk atau berdiri tidak betul. Contohnya, semasa menyusukan anak, ibu biasanya akan membongkokkan badan ke arah bayi.

3. Kecederaan pada otot-otot di belakang badan semasa proses bersalin boleh menyebabkan ibu mengalami rasa sakit di bahagian belakang badan.

4. Ibu yang kurang rehat semasa berpantang menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang badan lambat pulih.

5. Ibu yang melakukan kerja berat selepas bersalin biarpun bersalin normal atau pembedahan boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang badan mereka.

JIka anda mengalami sakit belakang dan pinggang yang berlarutan, berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan.

Insya Allah, nanti saya akan share beberapa kaedah untuk mengurangkan sakit belakang ini.

Tunggu ye. Wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.