5 Cara Bijak Didik Anak Zaman Sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cabaran mendidik anak pada zaman ni memang agak mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang luar biasa.

Ini adalah kerana anak zaman kini mempunyai karakter yang sangat berbeza antara mereka.

Kena ikut trend terkini lah katakan..huhu. Kekadang ada cara didikan yang boleh diguna pakai tapi tak semua berkesan untuk zaman sekarang.

Ada 5 langkah yang boleh ibu bapa amalkan untuk mendidik anak zaman sekarang yang rasanya masih relevan untuk digunapakai.

1. Bawa Anak Bermain Dengan Aktif

Bila mereka kerap bermain, mereka akan mengekpresikan diri mereka. Ini boleh membolehkan tenaga negatif yang tersimpan dikeluarkan dengan cara yang sihat.

2. Kurangkan Penggunaan Gajet

Jika mereka asyik bermain dengan gajet sahaja, mereka akan mengalami ‘adrenalin rush’ dan ni akan menyebabkan anak-anak ini akan menjadi tidak keruan dengan perlakuan mereka.

3. Kurangkan Gula

Makanan yang manis biasanya mempunyai nutrien dan mineral yang sangat rendah. Ia sangat tak berkhasiat untuk anak.

Walaupun kadang-kadang ibu bapa akan memberi gula-gula atau aiskrim sebagai ganjaran pada anak, tapi cuba elakkan makanan dan minuman dengan kandungan gula yang tinggi.

4. Elak Menjerit Dan Kerap Marah Anak

Bila selalu marah pada anak, marah kita itu sudah tidak ada maknya malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak akan ikut.

Bila anda rasa marah, cuba bertenang dulu sebelum melepaskan kemarahan anda itu pada anak anda.

5. Kawal Diri Bila Nak Marah

Jika nak marah juga, cepat-cepatlah pergi ke tempat lain dulu untuk bertenang.

Istigfar banyak-banyak, tarik nafas dalam-dalam atau boleh pejamkan mata dan ingat benda-benda yang menyenangkan anda.

Semoga anda mengambil langkah dengan lebih bijak dan janganlah sampai terbabas hingga pukul dan jerit-jerit kat anak anda.

Sabar itu indah, walaupun saya juga kadang-kadang boleh terlepas kemarahan tu tapi moga kita lebih bersabar untuk berhadapan dengan anak-anak milenia ni.

Semoga bermanfaat.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.