4 Jenis Makanan Kesihatan

#Tips dari Media Social – Page BengkungModen.com di FacebookTwitter dan Google+

4 Jenis Makanan Kesihatan.

Apa yang anda makan dan apa yang anda minum sebenarnya memberi kesan kepada kesihatan diri. Tidak kira lah sama ada kesan yang baik atau yang buruk semuanya berpunca dari cara pengambilan makanan anda. Di sini ada 4 jenis makanan yang boleh memberi kesan baik untuk kesihatan. Antaranya:

gajusBuah gajus mampu memperbaiki kesihatan jantung dan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan. Ia juga mampu membantu merangsang sistem imun dan membunuh sel-sel kanser kerana gajus mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Bagi yang sedang haid juga digalakkan makan gajus kerana ia dapat membantu melegakan kesaikitan dan merangsang untuk sembuh dengan lebih cepat.

dark chocalate

Coklat gelap atau coklat hitam dikatakan boleh membantu menurunkan tekanan darah ke paras sederhana walaupun umur anda telah meningkat naik. Tapi kadar penurunan ini boleh berlaku jika anda mengambil makanan berkalori, gula dan garam yang tidak berlebihan.

cherry

Buah ceri juga boleh membantu mengurangkan tekanan darah kerana ia mengandungi kalium yang boleh menyeimbangkan cecair dalam tubuh serta mengimbangi kesan peningkatan darah oleh garam.

pisang

Buah pisang mampu menjadi ejen menurunkan berat badan. Karbohidrat yang terkandung di dalam pisang membuatkan anda cepat kenyang. Jadi kalau anda nak kurangkan berat badan boleh la amalkan memakan buah pisang setengah dozen. Buat jus pun sedap jugak ni..

Namun setiap apa yang anda makan perlu dihad kan kuantiti sebabnya kalau terlebih ambil atau terkurang ambil boleh mendatangkan kemudharatan pulak. Jadi ambil lah mengikut kesesuaian kesederhanaan sahaja ye..

Bengkung Moden untuk ceaserean

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *