Blog Bengkung Moden

Kembali Langsing Selepas Bersalin Cesarean

Tips - Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin

Hi, salam ceria semua :)

Hari ini saya ingin berkongsi tips bagi menghilangkan hitam diperut dengan lebih cepat selepas bersalin. Bagi yang pertama kali mengandung, anda mungkin tidak tahu. Sebenarnya selepas bersalin, kulit perut akan menjadi hitam. Ini berlaku akibat dari regangan kulit yang dialami sewaktu tempoh hamil dan apabila anda bersalin, kulit perut menjadi kendur dan menggelebeh.

Cara untuk menghilangkannya ialah dengan menyapu baby losyen diperut dan di sekeliling pinggang setiap kali selepas mandi dan sebelum menyapu pengempis perut / campuran kapur & air limau nipis. Oh ya, anda tidak perlu menunggu sehingga losyen kering baru anda menyapu gel pelangsing atau campuran air limau dan kapur, sebaliknya terus sahaja sapu bahan pelangsing sebaik sahaja selepas losyen diletakkan. Mudah bukan..? Pasti perut anda kembali ke warna asal seperti sebelum mengandung selepas habis 44 hari berpantang.

Selamat mencuba :)

Kak Faz

Related posts:

  1. Tips hilangkan hitam dicelah peha Assalamualaikum, Saya sering menerima sms dan panggilan dari pelanggan yang...
  2. Tips menghilangkan lemak selepas bersalin Salam ceria Hari ini saya ingin berkongsi tips bagaimana menghilangkan...
  3. Fakta tentang stretchmark / regangan kulit yang perlu anda tahu Salam Ceria Dah beberapa hari saya tak update blog ni....
  4. Tips memilih baju mengandung Assalamualaikum, Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tips untuk...
  5. Kursus penjagaan diri sebelum, semasa dan selepas bersalin Assalamualaikum, Saya akan mengadakan satu ceramah tentang penjagaan diri sebelum,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

RSS 2.0 | Trackback | Comment

10 Responses to “Tips - Cara Menghilangkan Hitam Diperut Selepas Bersalin”

  1. E-ja

    Tips ni paling saya suka..

    saya pun pengalaman pertama jadi ibu..baru je 29hari..Alhamdulillah.

    Tapi agak terkejut sebab kesan hitam tu…saya pk strechmark macam tu kot.
    tu kira stretch mark ke kak?
    Nanti saya nak praktikkn lah tips akak nie.TQ..:-)

  2. Salmah

    Kalau saya gunakan baby oil boleh ke?

    TQ


  3. Hi Eja,

    Tak kiralah ada stretchmark atau tidak, perut tetap akan hitam selepas bersalin.

    Hi Salmah,

    Saya lebih suka pakai losyen sebab losyen menyerap dibadan. Kalau baby oil, nanti berminyak dan melekat kat bengkung takut rasa kurang selesa pulak.

  4. zue

    akhirnya jumpa jugak tips ni…saya pun baru 22 hari jadi ibu…semasa mengandung dulu, bukan sahaja perut jadi hitam, tapi ketiak dan kawasan pelipat juga jadi berdaki..nak buat macamana yer

  5. Faz

    Hi Zue,

    Memang macam tu lah… banyak tempat jadi hitam dan berdaki. Bagi sesetengah orang, kat leher pun hitam.

    Nak hilangkan hitam di ketiak dan kawasan pelipat…? Yang ni akak pun tengah cari juga sebenarnya. Tapi kalau masih didalam tempoh berpantang selepas bersalin, boleh cuba letakkan losyen setiap kali selepas mandi. Tapi akak tak pasti setakat mana keberkesanannya. Tapi tak salah mencuba kan?

    Actually akak ada lah try produk untuk putihkan kawasan pelipat dan bawah ketiak tu masa dalam pantang dulu tapi nampak macam tak berapa berkesan jer untuk akak.

    Tapi kalau orang tua dulu2, dia orang gunakan tawas je untuk hilangkan hitam tu.

  6. lovelysyasya

    Salam kak Faz,

    Sya nak tanya akak la…walau pun kita bukan dalam berpantang (anak sya dah setahun lebih), kira bole lagi tak amalkan penggunaan campuran kapur dan air limau nipis untuk mengempiskan perut.

  7. lovelysyasya

    Salam Kak Faz,

    Nak tanya la..klu dah lama habis berpantang (setahun lebih) masih bole guna campuran kapur ngan air limau nipis tu untuk mengempiskan perut tak..

    timekasih..:-)

  8. Faz

    Hi Livelysyasya,

    Kalau nak pakai limau + kapur boleh saja… cuma takut rasa tak selesa sebab limau + kapur tu bertempek kat perut. Bagi yang bekerja, rasanya cara ini tidak begitu praktikal.

    Akak suggest pakai lah gel sireh slim atau mana - mana minyak / gel untuk kempiskan perut.

  9. mala

    kak saya sudah 60 hari selepas bersalin. saya nak tanya boleh tak i pakai limau + kapur. dan nak tau bagaimana cara untuk pakai itu. saya tak perna pakai.

  10. Faz

    Hi Mala,

    Ambil limau nipis, perah supaya keluar air. Anggaran limau nipis dalam 3 biji kalau jenis yang air banyak dan dah masak. Kalau limau tu muda lagi, airnya tak banyak. Kemudian bancuhkan dengan sedikit kapur. Kapur tu dalam 1/3 sudu kecil je… Lepas tu boleh sapu kat perut.

    Tapi kalau dah habis patang dan nak pakai untuk kerja, akak rekomen pakai gel sireh slim saja. Tak berminyak, tak berbau dan selesa dipakai.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

icon_mrgreen.gif icon_neutral.gif icon_twisted.gif icon_arrow.gif icon_eek.gif icon_smile.gif icon_confused.gif icon_cool.gif icon_evil.gif icon_biggrin.gif icon_idea.gif icon_redface.gif icon_razz.gif icon_rolleyes.gif icon_wink.gif icon_cry.gif icon_surprised.gif icon_lol.gif icon_mad.gif icon_sad.gif icon_exclaim.gif icon_question.gif