10 Langkah Betul Bekukan Makanan Bayi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak kita, terutamanya bagi kaum ibu.  Pada masa sekarang, kebanyakan para ibu sudah bijak dalam menyediakan makanan untuk bayi mereka. ‘Trend’ membekukan makanan bayi juga sudah semakin ramai ibu-ibu masa kini amalkan jika nak dibandingkan dengan sebelum ini.

Tapi!  Adakah anda sudah pasti langkah-langkah membekukan makanan bayi anda sudah betul??  Untuk artikel kali ini, kami ingin kongsikan 10 langkah betul bekukan makanan bayi.  Jom tengok!

1. Jenis makanan yang boleh bekukan.
Ketahui jenis makanan yang boleh dibekukan. Antara buah-buahan yang boleh dibekukan adalah epal, pir, pisang, sayur-sayuran pula seperti brokoli, kacang peas, kentang, labu dan sebagainya lagi.

2. Penyimpanan
Biarkan dahulu makanan yang sudah dimasak sejuk, kemudian masukkan dalam bekas-bekas kecil yang berpenutup atau bekas khas untuk membekukan makanan bayi.

3. Proses membekukan makanan
Simpan puri makanan yang hendak dibekukan ke dalam bekas ais yang mempunyai tutup supaya tiada bakteria masuk ke dalamnya.

4. Pentingnya label
Labelkan tarikh makanan disediakan pada makanan beku bayi. Kaedah sejuk beku ini dapat bertahan sehingga empat ke enam bulan tetapi untuk makanan bahan berprotein seperti ayam, ikan dan daging ia hanya bertahan sehingga dua bulan. Bagaimanapun seeloknya habiskan dalam masa kurang sebulan.

5. Tempoh
Makanan bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam peti sejuk (bukan tempat dingin beku) maksimum selama 48 jam sahaja.

6. Tak lebih 2 jam
Sekiranya mahu sejukkan makanan bayi sebelum dikisar menjadi puri, pastikan tidak melebihi dua jam dalam suhu bilik kerana bimbang akan membiakkan bakteria ke dalam makanan.

7. Jangan bekukan semula
Jangan bekukan semula makanan yang sememangnya sudah beku. Ia dikecualikan bagi makanan mentah beku yang boleh dibekukan apabila sudah dimasak. Contohnya kacang pis beku yang sudah dimasak boleh dibekukan.

8. Panaskan tak lebih sekali
Jangan panaskan makanan lebih daripada sekali.

9. Cara memanaskan makanan beku
Untuk menghidangkan semula makanan yang disejuk beku, anda hanya perlu merendamnya ke dalam air suam atau air biasa atau biarkan sahaja berada pada suhu bilik selama beberapa ketika.

 

10. Jika tidak habis, buang sahaja!
Jangan simpan semula sisa makanan beku yang sudah dipanaskan tetapi tidak habis dimakan oleh bayi anda.

Jadi diharap artikel kali ini bermanfaat untuk ibu-ibu diluar sana 🙂

Salam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *