10 Cara Galak Anak Makan Buah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buah-buahan bukanlah makanan yang menjadi pilihan si kecil anda. Mereka lebih menggemari untuk pilih makanan yang kurang khasiatnya sebagai snek atau pelengkap hidangan yang anda sediakan.

Persoalannya bagaimana untuk mendidik mereka supaya menggemari makanan  sihat seperti buah-buahan sesuatu yang subjektif dan bukan senang.

Jadi hari ini saya kongsikan beberapa cara untuk galakkan anak makan buah-buahan.

  1. Pilih buah-buahan yang berwarna warni. kanak-kanak cenderung untuk memilih makanan pelbagai warna.
  2. Pilih buah yang menjadi kegemaran anak-anak.
  3. Jadi kreatif apabila menghidangkan buah-buahan kepada anak-anak. Jadikan ia sesuatu yang menarik untuk dimakan.
  4. Jangan lupa sediakan buah-buahan dalam setiap hidangan makan anda dengan keluarga.
  5. Jadikan buah-buahan sebagai snek mereka.
  6. Tambah buah-buahan potong dalam yogurt asli dan hidangkan kepada si kecil.
  7. Buat smoothie buah-buahan dan berikan  kepada mereka. Pasti mereka suka.
  8. Jangan lupa untuk masukkan buah-buahan dalam bekal makanan anak anda ke sekolah.
  9. Pastikan buah-buahan segar sentiasa ada di dalam peti sejuk anda. Potong dan kupas siap supaya senang si kecil anda ambil setiap kali mereka lapar.
  10. Tambahkan juga buah-buahan yang dipotong atau buah-buahan kecil dalam aiskrim.

Anda perlu bersabar dan jangan putus asa untuk sentiasa menghidangkan buah-buahan kepada anak anda.

Cara penyediaan yang berbeza dan kreatif juga dapat membantu kanak-kanak menerima sesuatu makanan yang baru.

Selamat mencuba.

Wasalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.